Gelombang Pembangkang Malaysia 2008: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Gelombang Pembangkang Malaysia 2008''' merupakan fenomena mengejutkan yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang diadakan pada 8 Mac 2008 . Gelombang politik ini dii...
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Gelombang Pembangkang Malaysia 2008''' merupakan fenomena mengejutkan yang berlaku semasa [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] yang diadakan pada 8 Mac 2008 . Gelombang politik ini diistilahkan sebagai kebangkitan tsunami politik yang tidak disangka-sangka , baik oleh parti kerajaan [[Barisan Nasional]] mahupun oleh pembangkang - DAP, PKR dan PAS. Gelombang ini digerakkan oleh Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] yang mencatur kedudukan calon PKR , DAP dan PAS agar hanya satu parti pembangkang menentang Barisan Nasional. Ternyata semua pemimpin pembangkang akur dengan gesaan Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] bagi memastikan kemenangan maksimum kepada pembangkang. Manifesto yang dikeluarkan oleh DAP, PKR dan PAS juga hampir sama iaitu mahu mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan merampas negeri yang utara Malaysia iaitu [[Perlis]], [[Kedah]], [[Pulau Pinang]], Perak dan mengekalkan [[Kelantan]] di tangan PAS. Pembangkang juga cuba menguasai [[negeri Perak ]]. Tetapi tanpa disangka kejayaan pembangkang meleret ke [[Selangor]] dan [[Wilayah Persekutuan]] [[Kuala Lumpur]]. Malah banyak kerusi di [[Negeri Sembilan ]], [[Melaka]] dan [[Johor]] serta Pahang berjaya dirampas oleh pembangkang.
 
==Strategi Taburan Calon Pembangkang==
===Calon PAS===
Secara umumnya parti PAS dimonopoli oleh orang [[Melayu ]]. Tetapi keterbukaan PAS terserlah apabila meletakkan pemimpin terkuat peringkat nasional untuk mempertahankan kubu Kelantan. .Mahfus Omar dari Pulau Pinang ditugaskan bertanding di Kelantan. Begitu juga Salahuddin Ayub dari Johor dikekalkan di Kubang Kerian. Nasharudin Mohd Isa yang brasal dari Kedah ditugaskan bertanding di Bachok bagi menentang calon Menteri Besar dari Barisan Nasional iaitu [[Awang Adik]]. Ibrahim Ali yang disingkirkan oleh UMNO telah diletakkan bertanding di Pasir Emas. Saifudin Nasution dari PKR dan berasal dari Kedah bertanding di Kelantan. Hanya [[Mohamad Sabu]] tersikap percaturan bertanding di [[Kuala Terengganu]] dan diganggu oleh calon warga emas [[]].