Kaca: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1:
[[Fail:Stilvetro Acqui Lastre vetro.jpg|thumb|Kepingan-kepingan kaca tebal yang telah dihasilkan]]
'''Kaca''' ([[Jawi]]: '''كاچ''' ), (pinjaman {{lang-sa|काच}} ''kācá'') merupakan bahan pejal sekata biasa terbentuk apabila bahan cair tidak ber[[kristal]] disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi [[kristal]] biasa terbentuk. Ia bersifat [[lutsinar]], kuat, tahan [[Penghakisan|hakis]], lengai, dan secara biologinya merupakan bahan yang tidak aktif lalu boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna.
 
Komponen utama kaca ialah [[silika]] iaitu sejenis galian mengandungi [[silikon]] (IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam [[pasir]], malah kaca kadang-kala terbentuk secara semulajadi daripada [[lava]] [[gunung berapi]] dalam bentuk [[obsidia]].