Hablur: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
||
Baris 2:
[[File:Crystalline polycrystalline amorphous2.svg|thumb|300px|Dalam pencerapan mikroskop, seketul [[hablur tunggal]]<!--single crystal--> mengandungi atom-atom dalam susunan yang hampir [[Fungsi berkala|berkala]] sama sekali; [[polihablur]] terdiri daripada sejumlah banyak hablur mikroskopik (iaitu "[[kristalit]]" atau "butir"); dan sejenis pepejal [[amorf]] (seperti [[kaca]]) yang langsung tiada susunan berkala walaupun dalam pencerapan mikroskop.]]
'''Hablur''' ([[Jawi]]: '''هبلور''' ) atau '''kristal''' ([[Jawi]]: '''کريستل''' ) merupakan bahan [[pepejal]] yang terdiri daripada gugusan [[atom]], [[molekul]], atau [[ion]] yang tersusun dalam ragam [[Ketertiban (fizik)|tertib]]<!--order and disorder (physics)--> yang menjangkau ketiga-tiga [[dimensi ruang]]. Selain struktur mikroskopik (tidak nyata pada mata kasar), hablur besar lazimnya boleh dikenal pasti dengan bentuk geometri makroskopik (nyata pada mata kasar) yang terdiri daripada muka-muka leper dengan orientasi yang tertentu.
Kajian sains terhadap hablur dan pembentukan hablur dipanggil [[kristalografi]] (ilmu kaji hablur). Proses pembentukan hablur melalui mekanisme [[pertumbuhan hablur]] pula bergelar [[penghabluran]]<!--crystallization--> atau [[pembekuan|pemejalan]]<!--solidification-->. Contoh hablur yang umum adalah [[Salji|emping salji]], [[permata]], dan [[garam]] halus. Akan tetapi, kebanyakan jenis pepejal [[Sebatian tak organik|tak organik]] yang am adalah [[polihablur]]. Hablur lazimnya disebatikan secara simetri untuk membentuk [[hablur kembar]].
|