Emas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 59:
{{Elementbox_footer | color1=#ffc0c0 | color2=black }}
 
'''Emas''' atau '''Mas''' ([[Tulisan Jawi]]: '''امس''' atau '''مس''') ialah [[unsur kimia]] dalam [[jadual berkala]] yang mempunyai simbol '''Au''' ([[Bahasa Latin|L.]] '''''aurum''''') dan [[nombor atom]] 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran [[akua regia]] yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam [[raksa|raksa (merkuri)]] dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam [[perak]] dan [[logam asas]] dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Baris 70:
 
[[ISO 4217|Kod mata wang ISO]] bagi emas ialah '''XAU'''.
 
== Sifat utama ==
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.