Perbezaan antara semakan "Perak"

36 bait ditambah ,  1 bulan lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
 
{{kotakunsur Perak}}
 
'''Perak''' ([[Tulisan Jawi]]: '''ڤيرق''' ) atau '''argentum''' (daripada [[bahasa Latin]] Argentum, daripada [[Bahasa Yunani]] ''ἀργήντος'' - argēntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol '''Ag''' dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis [[logam peralihan]].
 
Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas ([[elektrum]]) atau dalam banyak jenis [[mineral]] (sebagai contoh [[argentit]] dan [[klorargirit]]). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan [[tembaga]], [[emas]], [[plumbum]] dan [[zink]].
687

suntingan