Bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
K mm aoak (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Reyzxsss (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 77:
'''Bahasa Melayu''' ([[Tulisan Jawi]]: بهاس ملايو) ialah sejenis [[bahasa Melayu-Polinesia]] di bawah keluarga [[bahasa Austronesia]] yang telah digunakan di wilayah [[Indonesia]], [[Malaysia]], dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari [[Sumatera Selatan]] di sekitar [[Jambi]] dan [[Palembang]].<ref>[http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/bab2.html Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu]</ref> Rekod terawal [[bahasa Melayu Kuno]] ialah sebuah [[batu bersurat]] bertarikh [[682|682 Masihi]] yang dijumpai di [[Sumatera Selatan]].
 
Bahasa Melayu ialah [[bahasa kebangsaan]] [[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Brunei]] dan [[Singapura]]. Di [[Indonesia]], bahasa Melayu kini dipanggil [[bahasa Indonesia]], dan walaupun kerajaan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaan sebagai [[bahasa Malaysia]] namun ianya bertentangan dengan nama [[bahasa kebangsaan]] yang termaktub dalam [[Perlembagaan Malaysia|perlembagaan persekutuan Malaysia]]. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk [[Melayu]] di Selatan [[Thailand]], [[Filipina]], [[Kemboja]], [[Vietnam]], [[Sri Lanka]] dan [[Afrika Selatan]].
 
Menurut statistik penggunaan bahasa di [[Bumi|dunia]], penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di [[Bumi|dunia]] selepas [[bahasa Mandarin]], [[bahasa Inggeris]] dan [[bahasa Hindi]]/[[bahasa Urdu]]{{Citation needed|date=May 2010}}. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di [[Sri Lanka]], manakala di [[China]], terdapat [[radio]] dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di [[United Kingdom]], [[Amerika Syarikat]], [[Australia]], [[Belanda]], [[China]], [[Jerman]], [[New Zealand]] dan beberapa tempat yang lain.