Pengepungan Leningrad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tambah kandungan.
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
Baris 3:
{{Campaignbox Leningrad and Baltics 1941-1944}}
 
'''Pengepungan Leningrad''' (RussiaBahasa Rusia: блокада Ленинграда) adalah sebuah operasi ketenteraan yang terpaksa berlanjutan akibat daripada kegagalan Tentera [[Jerman Nazi]] Kumpulan Utara untuk menawan [[Leningrad]], kini dikenali sebagai [[Saint Petersburg]], dalam medan [[Medan Timur (Perang Dunia II)|Barisan Timur]] semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Ia bermula pada 8 September 1941, apabila jalan perhubungan terakhir bandar telah terputus. Walaupun pihak [[Soviet]] telah berjaya membuka satu laluan kecil ke bandar 18 Januari 1943, pengunduran sepenuhnya dari pengepungan adalah pada tarikh 27 Januari 1944, iaitu 827 hari semenjak ianya bermula. Ia adalah salah satu daripada peristiwa pengepungan yang paling lama dan paling banyak kemusnahan dari segi kehilangan dan kecederaan jiwa di dalam sejarah.<ref>[http://www.eyewitnesstohistory.com/leningrad.htm The Siege of Leningrad, 1941 - 1944]</ref>
 
[[Jerman Nazi]] menjajah [[Rusia]] melalui [[Operasi Barbarossa]] pada [[22 Jun]] [[1941]] — peristiwa ini merupakan awal [[Front Timur (PD II)|Perang Soviet-Jerman]] menurut pihak [[Kesatuan Soviet]]. Sebuah barisankedua dibuka setelah Soviet mengebom beberapa kota di [[Finlandia]] pada 25 Jun, yang mengawali Perang Soviet-Finlandia. Pada bulan Agustus pasukan Finlandia telah menguasai kembali [[Tanah genting Karelia]], mengancam Leningrad dari arah barat, dan bergerak melalui [[Karelia]] timur [[Tasik Ladoga]], lalu mara ke Leningrad dari arah utara. Markas besar Finlandia menolak percubaan Jerman menyerang dari udara terhadap Leningrad dan di selatan tidak bergerak lebih jauh dari [[Sungai Svir]] di [[Timur Karelia]]. Pergerakan Jerman sangat cepat dan pada September, [[Wehrmacht]] telah menyerang Leningrad. Di sebelah arah utara, pasukan Finlandia terus bergerak sampai tiba di Sungai [[Svir]], 160 km timur laut Leningrad, pada bulan Disember 1941.