Ahmad Fuzi Abdul Razak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 39:
Ahmad Fuzi dilahirkan di [[Sungai Bakap]], Pulau Pinang pada 8 Januari 1949, Beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik Malaysia pada 1972 dan telah berkhidmat dalam pelbagai tugas, termasuk Ketua Setiausaha [[Kementerian Luar Negeri Malaysia]] sehingga 2009.<ref name=":0">{{Cite web|url=https://www.theedgemarkets.com/article/tan-sri-ahmad-fuzi-abdul-razak-appointed-8th-yang-dipertua-negeri-penang-says-chief-minister|title=Former diplomat Ahmad Fuzi is Penang's eighth governor|last=Bernama|date=12 April 2021|website=The Edge Markets|url-status=live|access-date=14 April 2021}}</ref>
 
== Kerjaya ==
=== Perkhidmatan awam ===
Beliau pernah mengetuai rombongan rundingan rasmi pegawai kanan Malaysia di pelbagai persidangan antarabangsa, serantau dan du hala. Beliau juga terlibat dalam menguruskan beberapa sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM, Sidang Kemuncak OIC dan [[Sidang Kemuncak ASEAN]].<ref name=":0" />
 
Beliau juga merupakan anggota lembaga pengarah sebuah universiti swasta di [[Kuala Lumpur]], Universiti Meritus dan menjadi penasihat Alumni [[Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam|Sekolah Tinggi Bukit Mertajam]] Malaysia.<ref name=":0" />
 
=== Perniagaan dan pembangunan ekonomi ===
Setelah meninggalkan perkhidmatan awam, Ahmad Fuzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah di pelbagai syarikat, termasuk ACE Holdings Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Seremban Engineering Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad dan Maybank Islamic Berhad.
 
Ahmad Fuzi juga pernah menjadi Setiausaha Agung [[Forum Ekonomi Islam Dunia|WIEF]] dari tahun 2008. Oleh itu, beliau terkenal dengan kejayaan forum WIEF di seluruh dunia, dengan Forum WIEF terakhir diadakan di Kuching pada tahun 2017 dan satu-satunya Siri Meja Bulat WIEF yang diadakan di Kota Kinabalu pada tahun 2020 ekoran pandemik COVID-19.
 
== Anugerah dan pengiktirafan ==