Pepijat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 508034 oleh 202.188.239.98 (Perbincangan)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 7:
* '''Menulis [[komen (pengaturcaraan komputer)|komen]]''' — menulis komen adalah satu langkah yang bijak dalam mengaturcara sesuatu atur cara atau perisian. Ia bukanlah suatu langkah pencegahan tetapi langkah untuk memudahkan kerja-kerja menyahpepijat. Komen memberi idea kepada pengatur cara atau sesiapa saja yang membaca kod atur cara tersebut tentang baris-baris atau bahagian-bahagian di dalam kod sesuatu atur cara. Ini memudahkan kerja-kerja semakan oleh pengatur cara asal ataupun orang lain, sekiranya pepijat tetap wujud.
 
 
[[Image:H96566k.jpg|thumbnail|250px|Gambar pepijat yang kemungkinannya buat kali pertama dijumpai dalam komputer.]]
==Menyahpepijat==
Bagi sesebuah atur cara yang ringkas, kedudukan sesebuah pepijat dapat diagak dengan mudah. Walau bagaimanapun, bagi atur cara yang kompleks atau [[perisian]], kehadiran pepijat adalah sesuatu yang amat leceh. Ini kerana pengatur cara terpaksa memeriksa semula setiap baris kod sumber atau skrip atur cara berkenaan yang panjang. [[Penyahpepijat]] membantu memudahkan kerja pengatur cara untuk [[menyahpepijat|membuang pepijat]] daripada atur cara mereka.