Frekuensi ultra tinggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
[[Radio amatur]] juga beroperasi dalam beberapa jalur UHF.
 
==Ciri-ciri dan kelebihan==
{{main|Penyebaran radio}}
 
Pemancaran gelombang radio dari titik ke titik dipengaruhi banyak faktor. Kelembapan atmosfera, aliran zarah-zarah dari matahari dipanggil [[angin suria]], dan waktu semuanya mempengaruhi pemancaran isyarat. Semua gelombang radio diserap sedikit oleh kelembapan atmosfera. Penyerapan atmosfera mengurangkan, atau [[pengecilan (sinaran elektromagnetik)|mengecilkan]], kekuatan isyarat radio melalui jarak jauh. Kesan-kesan pengecilan bertambah mengikut frekuensi. Isyarat UHF biasanya lebih mudah terjejas oleh kelembapan berbanding jalur-jalur lebih rendah seperti VHF. Lapisan atmosfera Bumi yang dipanggil [[ionosfera]] diisi dengan zarah-zarah bercas yang boleh memantulkan gelombang radio. Pemantulan gelombang radio boleh membantu memancarkan isyarat radio melalui jarak jauh kerana gelombang melantun ulang-alik dari langit ke bumi. UHF kurang merasai kesan pemantulan berbanding frekuensi lebih rendah (VHF, dsb.) Pemancaran UHF boleh dipertingkatkan dengan [[penyaluran troposfera]] kerana suhu atmosfera berubah-ubah sepanjang hari.
 
Kelebihan utama pemancaran UHF ialah gelombang pendek secara fizikal yang dihasilkan oleh frekuensi tinggi. Saiz pemancaran dan kelengkapan penerimaan, (khususnya [[antena]]), dikaitkan dengan saiz gelomabng radio. Antena yang lebih kecil boeh digunakan dengan jalur frekuensi lebih tinggi.
 
UHF luas digunakan dalam sistem radio dua hala dan [[telefon tanpa tali]]. Isyarat UHF dipancar sepanjang jarak garis penglihatan. Pemancaran yang dijana oleh radio dua hala dan telefon tanpa tali tidak mampu pergi sejauh sehingga mengganggu pemancaran setempat. Sebilangan komunikasi keselamatan awam dan perniagaan dikendali pada UHF. Aplikasi awam seperti [[GMRS]], [[PMR446]], [[UHF CB]], dan [[IEEE 802.11|802.11b ("WiFi")]] adalah contoh-contoh penggunaan UHF yang popular. [[Pengulang]] digunakan untuk menyebarkan isyarat UHF apabila perlunya jarak yang lebih jauh daripada garis penglihatan.
 
==Lihat juga==
*[[Sistem penyiaran televisyen]]
**[[Piawaian ATSC]]
**[[BTSC]]
**[[NTSC-J]]
**[[NTSC-US]]
**[[PAL]]
**[[RCA]]
**[[SECAM]]
{{EMSpectrum}}