Zaman air batu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MHBA1D20 (bincang | sumb.)
tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 4:
 
Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua [[Amerika Utara]] dan [[Eropah]]. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai[[tempoh glasier]] untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (''interglacial'') untuk suatu tempoh yang panas.
 
==Tahap==
 
'''Zaman Miosen'''
 
Diperkirakan berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. Gunung-Gunung yang ada pada hari ini telah terbentuk secara fizikal. Suhu dunia panas dan kering.
 
'''Zaman Pliosen'''
 
Dipercayai berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun lalu. Ahli Sains mengatakan pada zaman inilah terjadinya penyejukan global. Keadaan ini menyumbang kepada penyebaran besar padang rumput dan savana pada masa itu.
 
'''Zaman Pleistosen'''
 
Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu. Pada zaman ini, glasier utama berlaku sebanyak 11 kali. [[Manusia]] dipercayai telah sampai ke Australia melalui jalan darat dari [[Asia Tenggara]] (Penyas Sunda) sekitar 50,000 tahun dahulu.
 
'''Zaman Holosen'''
 
Ialah zaman yang bermula sejak 10,000 tahun dahulu.Berlaku kemajuan dalam hidup manusia. Roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu
 
'''Air Batu Akhir'''
 
Bermula 8,500 tahun dahulu, Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlakunya kecairan Air batu, iaitu [[Glasier|pengglasieran]]. Keadaan ini menyebabkan paras air laut dunia meningkat, dan kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi terbentuk seperti [[tasik]] dan [[pulau]], serta berakhirlah zaman air batu akhir.
 
[[Kategori:Zaman|Air Batu]]