The Age of Shadows: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Kemaskini
Baris 43:
 
== Plot ==
Mengisahkan Korea semasa dijajah oleh kerajaan kolonial Jepun. Koperal Lee Jeong-chool yang berkhidmat dengan sebagai anggota polis bersekongkol dengan pemimpin [[Gerakan Kemerdekaan Korea]], Jeong Chae-san dan Kim Woo-jin. Kumpulan penentang ini berpakat untuk membawa bahan letupan dari Shanghai, China untuk diletupkan di ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun di Seoul. Namun, gerakan ini mudah dihidu oleh pegawai Jepun, Hashimoto selepas mendapat maklumat daripada salah seorang ahli kumpulan penentang yang membelot. Mereka menyeludup bahan letupan menggunakan keretapi. Dalam masa sama, Hashimoto dan pasukannya juga berada di dalam gerabak tersebut selepas meragui gerak geri Koperal Lee terhadap penyiasatan ini. Akhirnya, Koperal Lee, Kim dan Hashimoto bertemu juga di dalam kafe. Maka berlakulah pertempuran, sehingga membawa kematian Hashimoto dan pasukannya. Koperal Lee berpecah dengan pasukan Kim sebelum tiba di Seoul. Setibanya gerabak di stesen Seoul, Kim Woo-jin, Yeon Gye-soon, Ludvik berjaya diberkas. Sementara itu, kekasih Kim, Yeon diseksa oleh Higashi. Highasi mula meragui dengan tindak tanduk Koperal Lee selepas dia di paksa untuk menyeksa Yeon. Koperal Lee seperti serba salah untuk menyeksa Yeon. Dalam kekalutan itu, Koperal Lee sempat bertemu dengan Kim untuk menyembunyikan bahan letupan tersebut. Dengan mengharapkan salah seorang perlu menjadi korban. Kim mempertaruhkan nyawanya agar Koperal Lee dapat merencanakan agenda kumpulan tersebut. Koperal Lee sempat menyembunyikan bahanabahan letupan tersebut di dalam lantai rumahnya sebelum kedua-duanya berjaya diberkas dan dibicarakan di mahkamah. Kim pula sanggup mengigit lidahnya sehingga putus semasa proses soal siasat. Mereka semuanya dipenjarakan. Namun, Yeon terpaksa menjalani hukuman mati. Koperal Lee dibebaskan, dan mula membalas dendam terhadap Higashi. Dia berjaya meletupkan bangunan pentadbiran Jepun di Seoul yang membawa kepada kematian Higashi. Keadaan menjadi huru hara dan berita ini diketahui oleh Kim di dalam penjara. Koper Lee juga meneruskan misi membunuh Gabenor Seoul yang merupakan tali barut dengan tentera kolonial Jepun di Korea sehingga membawa kepada kematian sahabatnya, Kim Jang-ok. Koperal Lee juga sempat bertemu Sun-gil untuk menyerahkan benerapa dokumen, wang dan juga emas milik Gabenor untuk kemudahan fasiliti kumpulan penentang tersebut merencanakan agenda kemerdekaan Korea kelak. Di akhir cerita, Kim tersenyum sambil membuat coretan di dinding dengan nota <nowiki>''</nowiki>''Kumpulan penentang atau pejuang kemerdekaan bermula dengan laluan ini''<nowiki>''</nowiki>.
 
== Barisan pelakon ==