Ibu Mertua-ku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 61:
 
==Sinopsis==
Seorang gadis bernama [[Sarimah Ahmad|Sabariah]] mencintai seorang pemuzik bernama [[P. Ramlee|Kassim Selamat]]. Apabila ibuibunya Sabarian, [[Mak Dara|Nyonya Mansoor]] mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan tetap menikah dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor.
 
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari [[Singapura]] ke [[Pulau Pinang]] untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke [[Singapura]] kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
 
Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan. Seorang lelaki bernama [[Ahmad Nisfu|Mamak Maidin]] membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat tidak pernah membalas surat surat yang dikirimkan oleh Sabariah. Nyonya Mansoor akhirnya mencadangkan untuk Sabariah memohon fasakh kerana konon nya Kassim Selamat tidak pernah mengambil tahu keadaan Sabariah dan anak mereka. Kemudian Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi seperti yang sudah lama dihajati Nyonya Mansoor. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di [[Singapura]], Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat.