Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Kotak pasir peribadi}}
'''''Seandainya Kau Ada''''' ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2021 arahan bersama Chad Abdul Rahman dan Fadzil Teh. Filem ini diadaptasi dari [[Seandainya Kau Ada (novel)|novel 2010 berjudul sama]] karya Kamsiah Abu dengan skrip oleh Marr Mohamed. Ia dibintangi oleh [[Aidit Noh]], [[Fendy Bakry]], [[Ruhainies Farehah]] dan [[Raysha Rizrose]] sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First.
 
== Sinopsis ==
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah ([[Raysha Rizrose]]) jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac ([[Aidit Noh]]). Perkenalan di alam siber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.
 
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur ([[Fendy Bakry]]), lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya ([[Ruhainies]]), Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Tidak Nur Syahirah tahu mengapa Fazlur sanggup memutuskan pertunangan mereka dan memilih berkahwin dengan perempuan lain.Fazlur menyimpan rahsia besar sehingga dia tidak bahagia dengan isterinya. Dia mengorbankan cintanya kerana satu ugutan.
 
Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?
 
== Pelakon ==
* [[Aidit Noh]] sebagai Tengku Iskandar @ Issac
* [[Raysha Rizrose]] sebagai Nur Syahirah
* [[Fendy Bakry]] sebagai Fazlur
* [[Ruhainies]] sebagai Rozita
* Ali Reza sebagai Rozaimy
* Scha Elinnea sebagai Zurina
* [[Fauziah Nawi]] sebagai Puan Asiah
* [[Daler Yusuf]] sebagai Dr. Andrew
* Helmey Hamdah
* Zaki Azeman
* [[Shah Iskandar]] sebagai Rizman
* [[Lydiawati]]
* [[Fahrin Ahmad]]
 
==Rujukan==
{{Reflist}}