Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Siap.
Teg: Menggantikan
Baris 1:
{{Kotak pasir peribadi}}
{{Infobox film
| nama = Seandainya Kau Ada
| image =
| caption =
| pengarah = {{plainlist|
* Chad Rahman
* Fadzil Teh
}}
| penerbit = {{plainlist|
* Fadzil Teh
* Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
}}
| penulis = Kamsiah Abu
| lakon_layar = Marr Mohamed
| penceritaan =
| berdasarkan = {{berdasarkan|''[[Seandainya Kau Ada (novel)|Seandainya Kau Ada]]''|Kamsiah Abu}}
| pengisah =
| pelakon = {{Plainlist|
* [[Aidit Noh]]
* [[Fendy Bakry]]
* [[Ruhainies Farehah]]
* [[Raysha Rizrose]]
}}
| music = Extreme Music
| sinematografi =
| penyuntingan =
| studio = {{plainlist|
* Zeel Productions
* [[Astro Shaw]]
}}
| pengedar =
| penayangan = {{plainlist|
* 29 April 2021 {{small|(Malaysia)}}
}}
| masa = 90 minit
| negara = [[Malaysia]]
| bahasa = [[Bahasa Melayu|Melayu]]
| belanjawan =
| untung_kasar =
}}
 
'''''Seandainya Kau Ada''''' ialah sebuah filem drama romantik keagamaan Malaysia 2021 arahan bersama Chad Abdul Rahman dan Fadzil Teh terbitan bersama Zeel Production dan [[Astro Shaw]].<ref name="Saksikan">{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/saksikan-seandainya-kau-ada-di-pawagam-rumah-anda-beberapa-hari-sahaja-lagi-49429|title=Saksikan Seandainya Kau ada di pawagam rumah anda beberapa hari sahaja lagi|author=Asraf Adied|publisher=[[Astro Gempak]]|date=26 April 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref> Filem ini diadaptasi dari [[Seandainya Kau Ada (novel)|novel 2010 berjudul sama]] karya Kamsiah Abu dengan skrip oleh Marr Mohamed. Ia dibintangi oleh [[Aidit Noh]], [[Fendy Bakry]], [[Ruhainies Farehah]] dan [[Raysha Rizrose]] sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First.<ref name="Adaptasi novel">{{cite news|url=https://www.utusanborneo.com.my/2021/04/30/adaptasi-novel-seandainya-kau-ada-kini-di-astro-first|title=Adaptasi novel 'Seandainya Kau Ada' kini di Astro First|publisher=[[Utusan Borneo]]|date=30 April 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://oijom.com/zeel-production-pilih-astro-first-sebagai-platform-tayangan-filem-seandainya-kau-ada/|title=Zeel Production pilih Astro First sebagai platform tayangan filem Seandainya Kau Ada|publisher=Oijom.com|date=12 Mei 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref>
 
== Sinopsis ==
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah ([[Raysha Rizrose]]) jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac ([[Aidit Noh]]). Perkenalan di alam siber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.
 
Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur ([[Fendy Bakry]]), lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya Rozita, ([[Ruhainies]]), Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Tidak Nur Syahirah tahu mengapa Fazlur sanggup memutuskan pertunangan mereka dan memilih berkahwin dengan perempuan lain.Fazlur menyimpan rahsia besar sehingga dia tidak bahagia dengan isterinya. Dia mengorbankan cintanya kerana satu ugutan.
 
Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?
 
== Pelakon ==
* [[Aidit Noh]] sebagai Tengku Iskandar @ Issac
* [[Raysha Rizrose]] sebagai Nur Syahirah
* [[Fendy Bakry]] sebagai Fazlur
* [[Ruhainies]] sebagai Rozita
* Ali Reza sebagai Ali
* [[Scha Elinnea]] sebagai Tengku Suraya
* [[Fauziah Nawi]] sebagai Puan Asiah
* [[Daler Yusuf]] sebagai Dr. Andrew
* [[Shah Iskandar]] sebagai Rizman
* [[Haris Ismail]] sebagai Dr. Haris
* Fendi Seman sebagai bapa Syahirah
* [[Lydiawati]]
* [[Fahrin Ahmad]]
* [[Azhan Rani]]
 
==Penerbitan dan keluaran==
''Seandainya Kau Ada'' ialah filem pertama terbitan Zeel Production sejak penubuhannya pada 1995,<ref name="Adaptasi novel"/><ref name="Saksikan"/> dan menandakan kerjasama sulung antara Zeel dan [[Astro Shaw]]. Ia diadapatsi dari [[Seandainya Kau Ada (novel)|novel 2010 bertajuk sama]] karya Kamsiah Abu terbitan Buku Prima.<ref>{{cite news|url=https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/04/811579/tayang-filem-sulung-di-saluran-tv-berbayar|title=Tayang filem sulung di saluran TV berbayar|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=28 April 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.mediahiburan.my/cinta-mereka-kecundang-dalam-satu-tragedi-pahit-seandainya-kau-ada-di-astro-first/|title="Cinta mereka kecundang dalam satu tragedi pahit" - Seandainya Kau Ada di Astro First|publisher=[[Media Hiburan]]|date=29 April 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref>
 
[[Fendy Bakry]] yang terkenal dengan drama ''[[Mr. Grey]]'' (2018) lakonannya, memegang watak sebagai Fazlur, seorang penghidap [[HIV]]. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan menandakan kali pertama digandingkan bersama [[Raysha Rizrose]] dan [[Ruhainies Farehah]].<ref>{{cite news|url=https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/01/646096/fendy-teruja-berlakon-filem-sulung-dengan-dua-heroin|title=Fendy teruja berlakon filem sulung dengan dua heroin|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=12 Januari 2020|accessdate=12 Mei 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.cinema.com.my/articles/features_details.aspx/?search=2020.n_fendybakrybuat_52412|title=Fendy Bakry buat debut ssbagai peneraju utama Seandainya Kau Ada|author=Nisa Irina|publisher=Cinema Online|date=13 Januari 2020|accessdate=12 Mei 2021}}</ref> Selain melakonkan watak Nur Syahirah, Raysha turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk "Cinta Sejati". Ruhainies memegang watak sebagai Rozita, beliau mengakui watak yang dibawakannya amat berat namun perlu bermain dengan emosi.<ref>{{cite news|url=https://api.hmetro.com.my/rap/2020/02/540858/banyak-main-emosi|title=Banyak main emosi|author=Sudirman Mohd Tahir|publisher=[[Harian Metro]]|date=3 Februari 2020|accessdate=12 Mei 2020}}</ref>
 
Penggambaran dijalankan selama 40 hari dari Januari sehingga Februari 2020 di [[Tashkent]], [[Uzbekistan]] dan dua lokasi di [[Arab Saudi]], iaitu [[Madinah]] dan [[Makkah]] serta di dua lokasi di Malaysia, iaitu [[Perlis]] dan [[Kuala Lumpur]].<ref name="Adaptasi novel"/><ref name="Saksikan"/><ref>{{cite news|url=https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/05/813134/penerbit-kecewa-pelakon-liat-promosi-filem|title=Penerbit kecewa pelakon liat promosi filem|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=3 Mei 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref>
 
''Seandainya Kau Ada'' dikeluarkan pada 29 April 2021 di Astro First hingga kejayaan komersial.<ref name="Adaptasi novel"/><ref name="Saksikan"/><ref>{{cite news|url=https://www.kopiplanet.com/seandainya-kau-ada-tampil-kisah-romantik-islamik-jalani-penggambaran-di-mekah-madinah-uzbekistan/|title=Seandainya Kau Ada tampil kisah romantik Islamik, jalani penggambaran di Mekah, Madinah dan Uzbekistan|publisher=Kopiplanet|date=5 Mei 2021|accessdate=12 Mei 2021}}</ref>
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
==Pautan luar==
* {{IMDb title|tt14553896}}