The Age of Shadows: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
 
Baris 43:
 
== Plot ==
MengisahkanSekitar tahun 1920-an, filem mengisahkan keadaan Semenanjung Korea semasa dijajah oleh kerajaan kolonial Jepun. Koperal Lee Jeong-chool yang berkhidmat dengan sebagai anggota polis bersekongkol dengan pemimpin [[Gerakan Kemerdekaan Korea]], Jeong Chae-san dan Kim Woo-jin. Kumpulan penentang ini berpakat untuk membawa bahan letupan dari Shanghai, China untuk diletupkan di ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun di Seoul. Namun, gerakan ini mudah dihidu oleh pegawai Jepun, Hashimoto selepas mendapat maklumat daripada salah seorang ahli kumpulan penentang yang membelot. Mereka menyeludup bahan letupan menggunakan keretapi. Dalam masa sama, Hashimoto dan pasukannya juga berada di dalam gerabak tersebut selepas meragui gerak geri Koperal Lee terhadap penyiasatan ini. Akhirnya, Koperal Lee, Kim dan Hashimoto bertemu juga di dalam sebuah kafe di dalam gerabak keretapi. Maka berlakulah pertempuran, sehingga membawa kematian Hashimoto dan pasukannya. Kim juga terpaksa membunuh rakannya itu agar rancangan pra kemerdekaan itu tidak menemui kegagalan. Koperal Lee berpecah dengan pasukan Kim sebelum tiba di Seoul. Setibanya gerabak di stesen Seoul, Kim Woo-jin, Yeon Gye-soon, Ludvik berjaya diberkas. Sementara itu, kekasih Kim, Yeon diseksa oleh Higashi. Yeon mudah untuk diberkas berdasarkan sekeping foto yang diperolehi oleh tentera Jepun dari rakan Kim yang membelot. Highasi mula meragui dengan tindak tanduk Koperal Lee selepas perlantikan Terrauji sebagai Gabenor di Chosun. Beliau dilihat seperti memberontak dan tidak taat terhadap pemerintahan Jepun di Korea. Oleh kerana itulah, Higashi mengarahkan Hashimoto mengetuai operasi menangkap Kim dan rakan-rakan yang lain. Ramai ahli dalam kumpulan penentang berjaya diberkas manakala Koperal Lee sempat juga bertemu dengan Kim untuk menyembunyikan bahan letupan tersebut. Dengan mengharapkan salah seorang perlu menjadi korban. Kim mempertaruhkan nyawanya agar Koperal Lee dapat merencanakan agenda kumpulan tersebut. Koperal Lee sempat menyembunyikan bahan letupan tersebut di dalam lantai rumahnya sebelum kedua-duanya berjaya diberkas dan dibicarakan di mahkamah. Kim sanggup mengigit lidahnya sehingga putus semasa proses soal siasat. Mereka semuanya dipenjarakan. Namun, Yeon terpaksa menjalani hukuman mati. Manakala, Koperal Lee pula dibebaskan atas alasan untuk meneruskan penyiasatan memandangkan kenyataannya di mahkamah di anggap berasas kerana lebih dekat berhubung kait dengan pihak musuh. Koperal Lee terlalu sedih selepas melihat mayat Yeon diusung keluar dari penjara dan akan dibakar selepas itu memandangkan Yeon hanya tinggal sebatang kara di Seoul. Beliau mula merancang untuk membalas dendam terhadap Higashi. Koperal Lee berjaya meletupkan bangunan pentadbiran Jepun di Seoul yang membawa kepada kematian Higashi dan dalam masa yang sama, Chae-San dan Sun-gil juga membantunya. Keadaan menjadi huru hara dan berita ini akhirnya diketahui oleh Kim di dalam penjara. Koperal Lee juga meneruskan misi membunuh Gabenor Seoul yang merupakan tali barut dengan tentera kolonial Jepun di Korea sehingga membawa kepada kematian sahabatnya, Kim Jang-ok. Koperal Lee juga sempat bertemu Sun-gil untuk menyerahkan beberapa dokumen, wang dan juga emas milik Gabenor untuk kemudahan fasiliti kumpulan penentang tersebut merencanakan agenda kemerdekaan untuk Korea kelak. Di akhir cerita, Kim tersenyum sambil membuat coretan di dinding dengan nota <nowiki>''</nowiki>''Kumpulan penentang atau pejuang kemerdekaan melalui laluan ini''<nowiki>''</nowiki>.
 
== Barisan pelakon ==