Sekolah vokasional: Perbezaan antara semakan

 
#'''Sekolah menengah vokasional'''<br/>
Pada awalnya, sekolah vokasional menyediakan latihan kemahiran selama dua tahun. Kandungan pelajarannya terdiri daripada ilmu dasar (teori) dan amali. Pelajar-pelajar sekolah vokasional akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) pada penghujung penggal akhir berbanding murid-murid sekolah teknik yang akan mengambil seperti murid-murid sekolah menengah lain (kebangsaan, sukan, agama, asrama penuh). Sekolah vokasional juga ada menawarkan satu lagi aliran iaitu kemahiran. Aliran kemahiran disediakan untuk keperluan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Berbanding pelajar aliran vokasional yang berpencapaian sederhana dalam PMR, pelajar aliran kemahiran diajar secara amali atau kerja tangan sepenuhnya. Mereka akan turut mempelajari beberapa mata pelajaran tapak seperti bahasa Melayu, matematik asas, bahasa Inggeris komunikasi asas dan pendidikan Islam. Pada penghujung penggal terakhir setelah dua tahun menjalani latihan, pelajar aliran kemahiran akan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.
 
Dalam dasar baru pendidikan negara, kerajaan Malaysia telah menaik taraf kesemua sekolah menengah vokasional di negara ini. Ini bermakna sekolah menengah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional mulai tahun 2012. Jangka masa latihan telah dipanjangkan dari dua tahun kepada empat tahun dan pelajar akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Seperti dahulu, pelajar boleh menyertai kolej ini selepas tamat tingkatan tiga.
Pengguna awanama