Mohamed Shafee Abdullah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Pengemasan
Baris 33:
Muhammad Shafee menamatkan pendidikan menengahnya di [[Maktab Tentera Diraja]] dan lulus dengan kedudukan Leftenan Kedua pada tahun 1972. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B.) dari [[Universiti Malaya]] (UM) pada tahun 1977 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M.) dari London School of Economics pada tahun 1984.<ref name="Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah">{{cite web|url=http://www.asean-csr-network.org/c/responsible-business-forum-about/48-responsible-business-forum/responsible-business-forum-speakers/379-tan-sri-dato-sri-dr-muhammad-shafee-abdullah|title=Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah|publisher=ASEAN CSR Network}}</ref>
 
==Kerjaya undang-undang==
===Wakil Suhakam ke AICHR===
Muhammad Shafee adalah Pesuruhjaya [[Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia]] (Suhakam). Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) – badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Pemimpin negara-negara ASEAN turut hadir sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di [[Hua Hin]], [[Thailand]]. Nama Shafee dicadangkan oleh [[Wisma Putra]] dan diterima [[Perdana Menteri Malaysia]], Dato' Sri [[Najib Tun Razak]]. Beliau diharap dapat mempertahankan Malaysia daripada sebarang tuduhan serta melaksanakan tugas dengan berkesan.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm Shafee Abdullah wakil Malaysia bagi AICHR]</ref>
 
===Membela Rais Yatim===
Pada 13 Januari 2012, beliau menjadi peguam kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr. [[Rais Yatim]] dalam kes saman fitnah dan menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat. Pada 31 Jan 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm Kes hina mahkamah ditangguh, penulis blog hilangkan diri]</ref>
 
===Wakil kerajaan Malaysia ke AS===
Pada 18 April 2012, portal online Malaysiakini mendedahkan yang beliau dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] Dato' Sri [[Najib Abdul Razak]] dan isterinya Datin Sri [[Rosmah Mansor]] untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April 2012. Kandungan surat beliau didedahkan di [[Dewan Rakyat]] oleh Datuk [[Saifuddin Nasution Ismail]] ([[PKR]]-[[Machang]]) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum. Antara lokasi kunjungan beliau ialah [[New York]], [[London]] , [[Dubai]] [[Paris]] dan [[Basel]], [[Switzerland]]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri [[Mohamed Nazri bin Abdul Aziz|Mohd Nazri Abdul Aziz]] tidak dapat mengesahkan surat permohonan bertarikh 23 Mac 2012 berhubung pengecualian perbicaraan di dalam tempoh tersebut.<ref>[http://malaysiakini.com/news/195292 Misteri tugasan luar negara Shafee]</ref><ref>[http://malaysiakini.com/news/195349 'PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara']</ref>
 
===Membela Abdul Razak Baginda===
Beliau ialah salah seorang peguambela kepada [[Abdul Razak Baginda]] dalam [[Kes Pembunuhan ke atas Altantuya Shaariibuu|kes pembunuhan]] [[Altantuya Shaariibuu]].<ref>[http://newspapers.nl.sg/Digitised/Issue/today20061113-1.aspx]</ref>
 
===Membela Pasukan B UMNO===
Beliau turut antara individu yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1986, dengan mewakili pihak yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46, ketika berlaku kemelut dalaman UMNO pada ketika itu.<ref>http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-ada-konspirasi-saiful-tidak-pergi-ke-tiga-hospital-shafee-54128?cp</ref>
 
===Kes liwat II Anwar Ibrahim===
Dato' Seri [[Anwar Ibrahim]] pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya. Bekas presiden Majlis Peguam, Dato' [[Ambiga Sreenevasan]] menyatakan bahawa tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan. Menurut [[Mingguan Malaysia]] Shafee sanggup bersumpah di tanah suci [[Mekah]] bagi membuktikan Anwar bersalah.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gani-perlu-gugurkan-shafee-sebagai-pendakwa-raya-kata-bekas-peguam-negara#sthash.TzyTHsqg.dpuf]</ref>