Ali bin Abi Talib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
A154 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Alixander23 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15:
 
== Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. ==
Selepas
Selepas wafatnya [[Nabi Muhammad s.a.w.]] pada tahun [[632]] masihi, Saidina [[Abu Bakar as-Siddiq|Abu Bakar]] dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan sesat [[Syiah]] pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.
 
Semasa Saidina Ali sedang mempersiapkan jenazah [[Nabi Muhammad s.a.w.|Nabi]] [[Nabi Muhammad s.a.w.|Muhammad]] [[Nabi Muhammad s.a.w.|s.a.w]]. untuk dikebumikan dan melakukan upacara pengkebumiannya pada tahun [[632]] masihi, sekumpulan kecil orang Muslim bertemu di Saqifah. Di sana, Saidina Umar berjanji setia kepada Saidina Abu Bakar, yang kemudiannya mengambil alih kekuasaan politik. Perhimpunan di Saqifah telah mempertikaikan bahawa Rasulullah telah menetapkan Saidina Ali sebagai penggantinya.
 
Walaupun begitu, isu penggantian kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyebabkan umat Islam berpecah menjadi dua kumpulan, Sunni dan Syiah. Sunni menegaskan bahawa walaupun Nabi Muhammad tidak pernah melantik pengganti, Saidina Abu Bakar dipilih sebagai khalifah pertama. Sunni mengiktiraf empat khalifah pertama sebagai penerus Nabi Muhammad. Syiah percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. secara terang-terangan menamakan Saidina Ali sebagai penggantinya di Ghadir Khumm dan kepemimpinan Muslim adalah miliknya oleh perintah Tuhan, dan juga merupakan waris tetap Rasulullah. Bagaimanapun, Saidina Ali tidak berubah fikiran ketika akhirnya beliau setia kepada Saidina Abu Bakar dan kemudian kepada Saidina Umar dan Saidina Uthman, tetapi telah melakukannya demi kesatuan Islam, pada masa yang sama jelas bahawa umat Islam telah berpaling darinya. Saidina Ali juga percaya bahawa beliau dapat memenuhi peranan Imam tanpa berperang.
 
== Menjadi khalifah ke-4 ==