Tiga Abdul: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 36:
 
==Sinopsis==
Di sebuah negara Isketambola, terdapat seorang hartawan yang sangat kaya iaitu Ismet Ulam Raja. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Mereka bertiga selalu bertengkar sesama mereka sendiri kerana adik bongsu mereka, Abdul Wahub selalu tidak sependapat dengan abang-abangnya. Mereka bertiga masing-masing mempunyai perniagaan; dengan Abdul Wahab mempunyai Kedai Jual Burung, Abdul Wahib mempunyai Kedai Ukir dan Abdul Wahub mempunyai Kedai Muzik.
 
Pertengkaran mereka semakin menjadi-jadi sewaktu mereka berada di dalam bilik ayahanda mereka yang diserang penyakit jantung sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya ke -71. Ini terjadi semasa Abdul Wahib bertanya kepada ayahnya tentang siapa yang bakal mewarisi harta-harta ayahnya. Dengan disokong oleh abangnya Abdul Wahab, Abdul Wahub pun merasa marah dan kecewa kerana tindakan abang tengahnya-abangnya itu adalah terlalu biadapbiadab terhadap ayah mereka. Mereka bertiga terus bertengkar sehingga ayahanda mereka sendiri memarahi mereka dan menghalau mereka, namun ayah mereka mulakembali diserang lagi penyakit jantung sangat kuat danlalu akhirnya meninggal dunia.
 
Setelah bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub hanya diberikan rumah ayahnya. Abdul Wahub berpendapat bahawa cara abang tuanya membahagikan harta-harta ayah mereka tidak adil dan hanya menyebelahi abang-abangnya. Mereka pun memberi alasan yang Abdul Wahub cuba memaksa arwah ayah mereka untuk berpindah ke hospital untuk rawatan. Disebabkan oleh kebencian Abdul Wahub dengan sikap tamak abangnya, dia bertindak untuk memutuskan persaudaraan dengan mereka. Abdul Wahab bertindak balas untuk memberhentikan kadamkhadam rumah ayahnya kalausekiranya Abdul Wahub tidak mahu tinggal di rumah itu. Namun, Abdul Wahub memberi keizinan kepada kadamkhadam itu untuk tinggal di sana dan berjanji akan pulang ke rumah itu dengan kemenangan yang gemilangmutlak. Setelah itu abang-abang Abdul Wahub berpuas hati dengan tindakan mereka yang berat sebelah dan mengetahui yang Abdul Wahub tidak boleh mendakwa mereka ke mahkamah kerana arwah ayah mereka tidak pernah menulis sebarang surat mahupun wasiat.
 
Sementara itu, Sadiq Segaraga, seorang saudagar barang-barang purba, setelah dinasihat oleh Tuan Penasihat Kassim Patalon, mengetahui bahawa harta-harta yang dimiliki oleh Ismet Ulam Raja telah diwariskan kepada anak-anak lelakinya kemudian berhasrat untuk membolot semua harta tersebut bagi menyelamatkan perniagaannya yang semakin hari semakin merosot. Sadiq Segaraga kemudian mengarahkan tiga anak perempuannya iaitu Hamidah, Rafidah dan Ghasidah untuk memikat ketiga-tiga anak lelaki Ismet Ulam Raja tersebut.
 
Hamidah, Rafidah dan Ghasidah pun memulakan rancangan mereka dalam memikat Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Bagaimanapun, hanya Abdul Wahub sahaja yang tidak terjerat dalam rancangan Sadiq Segaraga itu disebabkan dia menyedari bahawa Sadiq Segaraga mempunyai niat jahat untuk membolot semua harta mereka. Abdul Wahab dan Abdul Wahib segera bertemu dengan Sadiq Segaraga untuk menyatakan hasrat mereka untuk memperisterikan Hamidah dan Rafidah tanpa menyedari niat sebenar Sadiq Segaraga yang ingin membolot harta mereka berdua. Sadiq Segaraga kemudian memberikan satu syarat kepada Abdul Wahab dan Abdul Wahib bahawa mereka tidak boleh marah kerana jika berbuat demikian, mereka akan dijual sebagai hartahamba dan segala harta benda mereka akan dirampas. Namun Abdul Wahab dan Abdul Wahib tetap meneruskan hasrat mereka untuk mengahwini Hamidah dan Rafidah walaupun mengetahui bahawa syarat yang dikenakan itu sangat berat. Sesudah selesai majlis perkahwinan mereka, Sadiq Segaraga pun mulai menjalankan rancangannya untuk membuatkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib menjadi marah. Rancangan Sadiq Segaraga itu kemudian berhasil membuatkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib menjadi marah lalu mereka dijual berserta harta mereka turut dirampas.
 
Sementara itu, Abdul Wahub yang merasakan bahawa kini dia telah jatuh miskin disebabkan tindakan abang-abangnya itu kemudian bermimpi pada suatu malam. Dia bermimpi bertemu dengan ayahnya, Ismet Ulam Raja yang memberitahu bahawa dia perlu menyelamatkan abang-abangnya itu dengan satu syarat dia harus memperisterikan Ghasidah. Ayahnya juga sempat berpesan agar menemui seseorang yang bernama Sulaiman Akhlaken. Keesokan harinya Abdul Wahub menemui Sulaiman Akhlaken, iaitu peguam yang menguruskan seluruh harta keluarga mereka. Disitulah Abdul Wahub mengetahui bahawa ayahnya telah mewariskan dia sejumlah harta di luar negara yang lebih banyak berbanding harta yang diwarisi abang-abangnya itu.
 
Berbekalkan harta-harta tersebut, Abdul Wahub kemudian menemui Sadiq Segaraga untuk menyatakan hasratnya memperisterikan Ghasidah namun sempat hasratnya itu sempat ditolak Sadiq Segaraga kerana dia merasakan Abdul Wahub sudah jatuh miskin. Abdul Wahub kemudian menunjukkan fail yang menjadi bukti kekayaan yang dimilikinya kepada Sadiq Segaraga. Sadiq Segaraga yang terkejut dengan harta yang dimiliki Abdul Wahub itu kemudian bersetuju untuk menerima pinangan Abdul Wahub itu namun, seperti abang-abangnya, dia juga mengenakan syarat yang sama. Namun Abdul Wahub bijak, kerana dia pula yang mengenakan syarat kepada Sadiq Segaraga. Tuan Penasihat mula menasihati Sadiq Segaraga agar bersetuju dengan syarat yang dikenakan kerana dia menggangap bahawa kalau abang-abang Abdul Wahub yang bijak pandai pun dapat dijual, apa lagi Abdul Wahub yang menurutmenurutnya pendapatnyacuma seorang budak mentah dan tidak berpengalaman. Akhirnya Sadiq Segaraga bersetuju dengan syarat tersebut. Maka berlangsunglah perkahwinan antara Abdul Wahub dan Ghasidah.
 
Sadiq Segaraga pun memulakan rancangannya untuk membuat Abdul Wahub marah dengan rancangan serupa abang-abangnya, namun gagal apabila Abdul Wahub tidak bersikap seperti abang-abangnya yang pemarah dan tidak sebijak dia. Setelah mengetahui rancangan Sadiq Segaraga itu, Abdul Wahub kemudian mulai membalas kembali rancangan tersebut dengan membuatkan ayah mertuanya itu pula menjadi marah. Rancangan demi rancangan yang dirancangkan Sadiq Segaraga semuanya gagal dan pada akhirnya dia pula menjadi marah lalu dijual menjadi hamba bersama Hamidah dan Rafidah.
 
Sesudah itu, Abdul Wahub kemudian menjejaki keberadaan Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Dia akhirnya menemui Hussein Lempoyang, seorang saudagar unta, iaitu orang yang telah membeli kedua-dua abangnya. Abdul Wahub membeli abang-abangnya itu daripada saudagar tersebut. Abdul Wahab dan Abdul Wahib terkejut apabila mengetahui harta yang dimiliki oleh Abdul Wahub lebih banyak daripada apa yang dimiliki mereka sebelum ini. Abdul Wahub kemudian membeli kembali Sadiq Segaraga, Hamidah serta Rafidah ke rumahnya. Abdul Wahub kemudian berbaik semula dengan Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Abdul Wahub juga kemudian memohon maaf kepada ayah mertuanya kerana perbuatannya itu hanyalah ingin menyedarkan semuaSadiq orangSegaraga agar tidak terlalu tamak dan taksub dengan harta. Sesudah itu dengan kebijaksanaan Abdul Wahub, dia pun membahagikan segala harta-harta peninggalan ayahnya sama-rata sesama adik-beradiknya, termasuk juga ayah mertuanya sebagai menghormati kedudukannya sebagai ayah mertua mereka bertiga.
 
Semenjak itu, adik-beradik bertiga itu hidup bersama-sama dengan aman dan tidak lagi bertengkar sesama sendiri.