Bunga kertas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 14:
}}
 
'''Pokok Bunga Kertas''', ([[Tulisan Jawi]]: ڤوکوق بوڠا کرتس)([[bahasa Inggeris]]: "''bougainvillea''") mempunyai [[bunga]] berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan [[tropika]] yang sangat popular. Berasal dari [[Amerika Selatan]], pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan [[daun]]nya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-[[dahan]] yang menarik. [[Nama botani]] bunga ini ''Bougainvillea spp''.
 
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti [[kertas]]. Nama Inggeris dan [[genus]] pohon berbunga ini iaitu ''Bougainvillea'' dinamakan sempena [[Louis-Antoine de Bougainville]], seorang Komander Laut [[Perancis|Francis]].
 
Pokok bunga kertas tergolong dalam [[famili (biologi)|familikeluarga]] [[Nyctaginaceae]] yang mengandungi 28 [[genus]] dan 250 [[spesies]]. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di [[Malaysia]], iaitu ''B. glabra'', ''B. spectabilis'', dan ''B. Mrs. Butt''. Banyak [[kacukan]] telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna [[kelopak]], baik selapis mahupun banyak lapis.
 
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betulelok). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok [[bonsai]] renek.
 
== Galeri ==