Semang: Perbezaan antara semakan

Kumpulan etnik peribumi di Malaysia dan Thailand
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox ethnic group | group = Semang | native_name = Negrito / Pangan / Ngò' Pa | image = The Orang Asli.jpg | image_upright = 1.5 | c...'
Teg: Suntingan sumber 2017
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:15, 28 Mei 2021

Orang Semang merupakan kelompok etnik Negrito yang berasal dari Semenanjung Melayu.[5][6] Mereka terdapat di negeri Perak, Pahang, Kelantan[7] dan Kedah di Malaysia[8] serta wilayah selatan di Thailand.[9] Orang Semang dicatatkan pernah menduduki Semenanjung Melayu sejak sebelum abad ketiga. Secara etnologi, mereka dihuraikan sebagai masyarakat pemburu-pengumpul yang berpindah-randah.[10]

Semang
Negrito / Pangan / Ngò' Pa
Fail:The Orang Asli.jpg
A group of Semang.
Jumlah penduduk
Approximately 4,596
Kawasan ramai penduduk
Semenanjung Melayu:
 MalaysiaKira-kira 2,000–3,000[1]
 Thailand300[2]
Bahasa
Jedek,[3] Batek, Lanoh, Jahai, Mendriq, Mintil, Kensiu, Kintaq, Ten'edn, Melayu
Agama
Animisme, Kristian, Islam, Buddha atau Hindu
Kumpulan etnik berkaitan
Negrito (Andamanese, Aeta people),[4] Orang Asli (Cheq Wong people)

Orang Semang tergolong dalam masyarakat suku Orang Asli. Dalam sejarah, mereka cenderung berdagang dengan masyarakat setempat, tetapi mereka juga dipergunakan, dijarah, diabdikan atau dipaksa membayar ufti oleh bangsa Melayu. Selama lebih seribu tahun, sesetengah orang Semang dari hutan selatan diabdikan dan dipergunakan sehingga zaman moden, dan ada juga yang hidup terpencil.[11]

Nama dan status

 
Sekumpulan lelaki Semang di Gerik, Perak, Malaya, 1906.

Di Malaysia, istilah Orang Semang membawa maksud suku pribumi yang diberi gelaran am Negrito atau "hitam kecil" dalam bahasa Sepanyol. Pada zaman dahulu, kelompok-kelompok Semang timur digelar Pangan. Orang Semang di Thailand dipanggil Sakai, tetapi gelaran ini kini dianggap menghina di Malaysia.[12]

Di Malaysia, orang Semang merupakan salah satu daripada tiga kelompok yang digelar "Orang Asli", iaitu kaum pribumi Semenanjung Malaysia, di samping Senoi dan Melayu Proto. Orang Semang terdiri daripada enam cabang, iaitu Kensiu, Kintaq, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Batek. Kerajaan persekutuan Malaysia telah menubuhkan agensi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan tujuan menyepadukan Orang Asli ke dalam masyarakat raya Malaysia.

Pembahagian Orang Asli kepada tiga kategori ini diwarisi oleh kerajaan Malaysia dari penjajah British, berdasarkan konsep ras yang menanggap golongan Negrito sebagai kaum paling primitif yang menjalani kehidupan seakan petualang sebagai pemburu-pengumpul. Senoi dianggap lebih maju, semenatara Melayu Proto disamatarafkan dengan Melayu Malaysia.

Di Thailand, istilah Semang dan Orang Asli digantikan dengan istilah Sakai atau Ngopa (Ngopa bermaksud "orang berambut keriting"). Istilah Sakai adalah menghina di Malaysia kerana dikaitkan dengan gambaran orang liar, orang tawanan, atau hamba abdi. Orang Semang menerima sedikit sebanyak naungan daripada kerabat diraja Thailand.

Ciri-ciri fizikal

 
Lelaki Semang di Malaya, 1906.

Orang Semang berbeza dari jiran-jiran etnik mereka bukan hanya dari segi gaya hidup, bahkan juga dari segi antropologi. Mereka tergolong dalam ras Negrito yang mempunyai ciri-ciri am seperti susuk badan yang pendek (kira-kira 150 cm bagi lelaki dan 140 cm bagi wanita), kulit gelap, rambut keriting, hidung lebar, bibir berisi, mata bulat dan tulang pipi rendah.[13][14] Antara wakil-wakil lain bagi ras ini termasuk penduduk pribumi Kepulauan Andaman di India dan orang Aeta di Filipina.[15]

Kelompok etnik

 
Sekumpulan Semang berpakaian tarian tradisional di Kuala Sam, Kelantan, 1906.

Orang Semang merupakan kelompok etnik yang biasanya hanya disatukan atas dasar ciri-ciri ras dan budaya, padahal mereka tidak berkongsi jati diri etnik yang sama.[16]

Terdapat sekurang-kurangnya 10 kelompok etnik Orang Asli yang tergolong dalam "Semang" (bukan semua diperakui oleh kerajaan Malaysia):-

  • Kensiu tinggal di bahagian utara Kedah, berdekatan sempadan Thailand. Kebanyakannya menghuni Kampung Lubuk-Legong di Daerah Baling, Kedah.[17]
  • Kintaq juga mempunyai satu buah kampung sahaja yang terletak berhampiran bandar Gerik di Daerah Hulu Perak, Perak.[18] Dahulu mereka berpindah-randah sekitar Klian Intan di Daerah Hulu Perak District dan berhampiran Daerah Baling di Kedah.
  • Lanoh tertumpu di tiga buah kampung yang terletak berhampiran Gerik di Daerah Hulu Perak.[19] Di kalangan mereka juga terdapat pelbagai puak seperti Lanoh Yir (barangkali berpindah-randah), Lanoh Jengjeng (separa menetap) dan lain-lain lagi.[20]
    • Suku Semnam tidak termasuk dalam senarai rasmi JAKOA, sebaliknya tergolong dalam suku Lanoh. Mereka tinggal di tepi Sungai Ayer Bal berhampiran Kampung Kuala Kenering di Daerah Hulu Perak.[20]
    • Suku Sabub'n juga tergolong dalam Lanoh. Saki-baki puak yang hampir pupus ini di samping lain-lain kelompok Lanoh tinggal berhampiran Lenggong dan Gerik di Daerah Hulu Perak.[21]
  • Suku Jahai tinggal di pergunungan yang menyempadankan negeri Perak dan Kelantan, di selatan sempadan Thailand. Inilah satu-satunya puak Semang yang mendiami kawasan gunung. Mereka tertumpu di kawasan tepi sungai atau tasik. Di Perak, mereka hidup di sepanjang sungai seperti Sungai Banun, Sungai Tiang dan berhampiran Tasik Temenggor di Daerah Hulu Perak.[22] Di Kelantan, mereka tertumpu sepanjang sungai-sungai seperti Sungai Rual dan Sungai Jeli di Jajahan Jeli.[23]
  • Suku Mendriq tinggal di beberapa kampung di sepanjang kawasan pertengahan Sungai Kelantan, di kawasan terpencil Jajahan Gua Musang di selatan Kelantan.[24]
  • Suku Batek:-
    • Bateg Deq rata-ratanya tinggal di Sungai Aring di selatan Kelantan, dan daerah-daerah berhampiran di Terengganu dan Pahang. JAKOA tidak membezakan puak-puak Batek.[25]
    • Bateg Nong, tinggal di daerah-daerah Jerantut (dua kampung) dan Lipis (lima kampung) di utara Pahang, dan Jajahan Gua Musang (empat kampung) di Kelantan.[25]
    • Suku Mintil atau "Mayah" tinggal di sepanjang tebing Sungai Tanum berdekatan Chegar Perah di Daerah Lipis, Pahang.[25] Secara rasminya, mereka tergolong dalam Batek.[26]

Beberapa lagi kelompok kecil Semang tinggal di wilayah selatan Thailand. Kelompok berpindah-randah ini disebut dengan nama-nama seperti Tonga, Mos, Chong and Ten'en. Mereka menggelar diri Mani,[27] tetapi belum dipastikan hubungan linguistik mereka.

Disebabkan jumlah mereka yang kurang, kaum Semang semuanya berdepan dengan kepupusan.

Populasi

 
Sekumpulan orang Semang di sempadan Jarum, Kedah-Daerah Raman, Thailand, 1906.

Dinamik populasi Negrito (Semang) semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia:-

Tahun 1960[28] 1965[28] 1969[28] 1974[28] 1980[28] 1996[28] 2000[29] 2003[29] 2010[30]
Kensiu 126 76 98 101 130 224 254 232 280
Kintaq 256 76 122 103 103 235 150 157 234
Lanoh 142 142 264 302 224 359 173 350 390
Jahai 621 546 702 769 740 1,049 1,244 1,843 2,326
Mendriq 106 94 118 121 144 145 167 164 253
Batek 530 339 501 585 720 960 1,519 1,255 1,359
Total 1,781 1,273 1,805 1,981 2,061 2,972 3,507 4,001 4,842

Taburan subkumpulan Orang Asli Negrito di Malaysia mengikut negeri (1996):-[28]

Kedah Perak Kelantan Terengganu Pahang Jumlah
Kensiu 180 30 14 224
Kintaq 227 8 235
Lanoh 359 359
Jahai 740 309 1,049
Mendriq 131 14 145
Batek 247 55 658 960
Jumlah 180 1,356 709 55 672 2,972

Populasi Semang di Thailand dianggarkan seramai 240 orang (2010).[31]

Sejarah

Dipercayai bahawa orang Semang sudah mendiami Semenanjung Melayu selama sekurang-kurangnya 25,000 tahun. Mereka dikaitkan dengan pembawa awal budaya Hòa Bình dari Zaman Mesolitik yang tertabur di Asia Selatan dari kawasan Vietnam hingga bahagian timur laut Sumatera pada alaf ke-9 hingga ke-3 SM. Budaya hidup Hòa Bình pada dasarnya sejajar dengan Semang, iaitu selaku pemburu-pengumpul. Akan tetapi, ini tidak bermakna Orang Asli moden mempunyai persamaan fizikal dengan penghuni kuno tadi. Pembawa budaya Hòa Bình tingginya sederhana, tengkoraknya besar dengan muka yang sangat kecil dan lebar. Terbantutnya pertumbuhan penduduk Semenanjung Melayu serta terbentuknya tengkorak yang bujur dikaitkan dengan penyesuaian kepada keadaan persekitaran.[32]

Kira-kira 4,000 tahun lalu, amalan pertanian tebang bakar tiba di Semenanjung Melayu, tetapi amalan memburu dan memungut masih diteruskan.[33] Pendatang baru memperkenalkan bahasa-bahasa Asli kepada semenanjung, dan kini penduduk Semang bertutur dalam bahasa-bahasa Senoi dan Semang. Dipercayai bahawa nenek moyang Senoi adalah petani sementara nenek moyang Semang terus mengamalkan pemungutan tanaman di samping perdagangan dan pertanian. Golongan Semang dan Senoi masih ketara berbeza kerana terdapat pantang-larang utuh yang menegah perkahwinan campur sesama dua kaum.

Selepas 500 SM, sudah dibangunkan perdagangan maritim dan Semenanjung Tanah Melayu menjadi persimpangan yang menghubungkan India dengan China.[34] Di kawasan pantai terbinanya petempatan, ada di antaranya dimajukan menjadi bandar besar, terdiri daripada saudagar luar yang menjalin hubungan erat dengan China, India, Timur Tengah, dan Mediterranean. Orang Semang berperanan sebagai pembekal hasil hutan yang mendapat permintaan tinggi di negara luar seperti kayu wangi, kapur barus, rotan, sumbu badak, gading gajah, dan sebagainya, di samping menjadi pengawal hutan.

Kaum Semang dihampiri Kerajaan Melayu Srivijaya, di mana pada tahun 724 M, dua orang Semang kerdil dijadikan ufti kepada raja-raja Melayu. Orang Semang kerdil dari hutan-hutan selatan diabdikan dan dipergunakan sehingga zaman moden.[11]

Di akhir abad ke-14, di pesisir Selat Melaka, petempatan saudagar terawal ditubuhkan oleh penduduk Melayu dari Sumatera,[35] berpusatkan negeri Melaka. Di awal abad ke-15, raja Melaka memeluk agama Islam. Penduduk Melayu beransur-ansur berpindah ke hulu, menyebabkan orang Asli ditakluki atau terpaksa berpindah ke pedalaman.[36]

Pada awalnya, masyarakat Semang berdamai dan berdagang dengan orang Melayu, tetapi semenjak mantapnya negeri-negeri Melayu, hubungan antara dua kaum mula tegang. Pada abad-abad ke-18 dan ke-19, orang Semang dan Orang Asli lain ditawan oleh penjarah Melayu sebagai hamba abdi.[36] Sebagai balasan, masyarakat Semang berikhtiar untuk mengelak sebarang pertembungan dengan orang luar. Demi mempertahankan kebebasan mereka, orang Semang memusnahkan kediaman mereka serta-merta seandainya diceroboh orang luar, maka mereka akan kekal bersembunyi atau "tertutup" di tengah hutan.[37]

 
Lelaki Semang, 1899.

Makin terpencilnya Semang dari masyarakat sekeliling, maka makin hairanlah dipandang orang. Ramai penduduk Asia Tenggara beranggapan bahawa hutan rimba dihuni oleh makhluk-makhluk ajaib, antaranya orang Negrito yang 'dianugerahi' dengan sifat-sifat ajaib dan dikaitkan dengan pelbagai legenda dan dongengan. Di kalangan raja-raja Melayu zaman dahulu, menyimpan orang Negrito dalam halaman sebagai himpunan makhluk hutan yang aneh-aneh merupakan tanda martabat.[38][39]

Pada awal abad ke-20, Raja Chulalongkorn (Rama V) dari Thailand mengunjungi kawasan selatan negara dan bertemu dengan orang Semang. Pada 1906, seorang anak piatu lelaki Semang Khanung dibawa ke istana di mana dia dilayan sebagai anak angkat raja.[40] Peristiwa ini memulakan naungan kerabat diraja ke atas kaum Semang.

Kerajaan penjajah British mengharamkan amalan pengabdian pada akhir abad ke-19 dan memperkenalkan dasar pembelaan bagi Orang Asli. British menganggap Orang Asli sebagai noble savage yang menjalani kehidupan yang ideal dan diidam-idamkan, dan oleh itu memerlukan perlindungan daripada kesan mudarat kehidupan moden.[39]

Orang Asli kembali mencuri perhatian sewaktu Darurat di Malaysia pada 1950-an.[41] Untuk memujuk Orang Asli untuk berpihak dengan kerajaan dalam usaha menentang komunis, ditubuhkannya jabatan khusus baharu iaitu Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan tujuan membekalkan pendidikan, kemudahan kesihatan, dan pembangunan ekonomi kepada Orang Asli, disusuli kawalan menyeluruh ke atas seluruh masyarakat pribumi.[41] Kerajaan Thailand juga melakukan tindakan seumpama untuk meneutralkan puak Negrito mereka sebagai reaksi terhadap kemasukan komunis ke dalam wilayah mereka.

Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 serta penamatan Darurat pada 1961 tidak banyak mengubah dasar negara terhadap Orang Asli. Pada 1970-an, JHEOA mula mengaturkan penempatan baharu untuk sesetengah kelompok Semang yang berpindah-randah.[42] Menjelang 1980, usaha penggantian kawasan hutan dengan dusun secara berleluasa telah banyak menjejaskan kehidupan ramai puak Semang.[42]

Kebanyakan suku Kintaq, Jahai, Batek dan Lanoh kini tinggal di perkampungan yang dibina negara, dikelilingi oleh hutan sekunder dan dusun-dusun, dan juga kampung-kampung petempatan bukan Orang Asli. Mereka terpaksa meninggalkan kehidupan lama dan sedikit sebanyak menyesuaikan diri dengan pertanian kecil-kecilan.[43]

Pada tahun 1966 (atau 1973),[44] sebuah kampung Semang ditubuhkan di Thailand untuk memperbaiki kualiti hidup mereka, dilengkapi dengan dusun getah. Pada awal 1990-an, kampung tersebut dijadikan pusat tumpuan pelancong untuk mempamerkan gaya hidup tradisional Semang.

Catatan

  • "Semang" . New International Encyclopedia. 1905.

Bibliografi

Rujukan

  1. ^ Geoffrey Benjamin & Cynthia Chou (2002). Tribal Communities in the Malay World. m/s. 36.
  2. ^ "Kensiu in Thailand". Joshua Project. Dicapai pada 2016-11-10.
  3. ^ Joanne Yager & Niclas Burenhult (6 February 2018). "LISTEN: Unknown language discovered in Southeast Asia". Lund University. Dicapai pada 2019-06-29.
  4. ^ John M. Cooper (April 1940). "Andamanese-Semang-Eta Cultural Relations". The George Washington University Institute for Ethnographic Research. 13 (2): 29–47. doi:10.2307/3316490. Dicapai pada 2020-12-25.
  5. ^ "35 Map". The Andaman Association. 18 August 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2003. Dicapai pada 2017-11-23.
  6. ^ "35. The Negrito of Malaysia: Semang". The Andaman Association. 18 August 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2002. Dicapai pada 2017-11-23.
  7. ^ "Association of British Malaya". British Malaya, Volume 1. Newton. 1927. m/s. 259. OCLC 499453712.
  8. ^ Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (1998). The Encyclopedia of Malaysia: Early History, Volume 4. Archipelago Press. ISBN 981-3018-42-9.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  10. ^ Fix, Alan G. (June 1995). "Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli". American Anthropologist. New Series. 97 (2): 313–323. doi:10.1525/aa.1995.97.2.02a00090. JSTOR 681964.
  11. ^ a b Archives of the Chinese Art Society of America
  12. ^ Hajek, John (June 1996). "Unraveling Lowland Semang". Oceanic Linguistics. 35 (1): 138–141. doi:10.2307/3623034. JSTOR 3623034.
  13. ^ Marta Mirazón Lahr (1996). "R. A. Foley; Nina Jablonski; Michael Little; C. G. Nicholas Mascie-Taylor; Karen Strier; Kenneth M. Weiss". The Evolution of Modern Human Diversity: A Study of Cranial Variation. Cambridge University Press. m/s. 303. ISBN 05-214-7393-4.
  14. ^ The Encyclopedia Americana, Volume 20. Grolier Incorporated. 1990. m/s. 76. ISBN 07-172-0121-X.
  15. ^ Encyclopedia Americana: Pumps to Russell. Scholastic Library Publishing. 2005. m/s. 31. ISBN 07-172-0138-4.
  16. ^ Alberto G. Gomes (2007). Modernity and Malaysia. m/s. 23–24.
  17. ^ Ab. Aziz Mohd. Zin (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. m/s. 18. ISBN 98-310-0381-0.
  18. ^ Raihanah Abdullah (2009). Pembelaan kumpulan minoriti di Malaysia: isu dan cabaran. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya. m/s. 96. ISBN 978-98-330-7034-3.
  19. ^ Contributions to Southeast Asian Ethnography. Board of Editors, Contributions to Southeast Asian Ethnography. 2004. m/s. 101.
  20. ^ a b Robert Parkin (1991). A Guide to Austroasiatic Speakers and Their Languages. University of Hawaii Press. m/s. 53. ISBN 08-248-1377-4.
  21. ^ "Berliner Gesellschaft für Anthropologie, Ethnologie und Urgeschichte, Deutsche Gesellschaft für Anthropologie, Ethnologie und Urgeschichte, Deutsche Gesellschaft für Völkerkunde". Zeitschrift für Ethnologie, Volumes 77-78. A. Asher & Company. 1952. m/s. 200.
  22. ^ Hamid Mohd Isa & Mokhtar Saidin (2014). "Sustainable Hunters and Gatherers in Belum-Temenggor Tropical Rainforest" (PDF). Centre for Global Archaeological Research, Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 2018-12-13.
  23. ^ Nazaruddin Zainun & A. S. Hardy Shafii, penyunting (2018). Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan. Penerbit USM. ISBN 978-96-746-1171-2.
  24. ^ Riduan Makhtar; Nurliyana SM Soflee; Mohd Sharifudin Yusop; Abd Ganing Laengkang (2018). "Pengaruh Dialek Kelantan Dalam Bahasa Temiar: Satu Analisis Fonologi Struktural". International Journal of Education, Psychology and Counseling. 3 (11): 44. Dicapai pada 2018-12-13.
  25. ^ a b c Geoffrey Benjamin (1976). "Austroasiatic Subgroupings and Prehistory in the Malay Peninsula" (PDF). Oceanic Linguistics Special Publications, No. 13, Austroasiatic Studies Part I. University of Hawai'i Press: 37–128. Dicapai pada 2018-12-13.
  26. ^ Lim, Teckwyn. 2020. Ethnolinguistic Notes on the Language Endangerment Status of Mintil, an Aslian Language. Journal of the Southeast Asian Linguistics Society (JSEALS) 13.1 (2020): i-xiv. ISSN 1836-6821. University of Hawaiʼi Press.
  27. ^ Thonghom (2003). George Weber (penyunting). "36. The Negrito of Thailand: The Mani". The Andaman Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 May 2013. Dicapai pada 2017-11-23.
  28. ^ a b c d e f g Nobuta Toshihiro. Living On The Periphery: Development and Islamization Among the Orang Asli in Malaysia (PDF). Center for Orang Asli Concerns, Subang Jaya, Malaysia, 2009. ISBN 978-983-43248-4-1. Dicapai pada 2019-01-12. (dalam bahasa Inggeris)
  29. ^ a b "Basic Data / Statistics". Center for Orang Asli Concerns (COAC). Dicapai pada 2019-01-12. (dalam bahasa Inggeris)
  30. ^ Kirk Endicott (27 November 2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. Introduction. NUS Press, National University of Singapore Press. 2016, pp. 1-38. ISBN 978-9971-69-861-4. Dicapai pada 2019-01-12. (dalam bahasa Inggeris)
  31. ^ Geoffrey Benjamin (2012). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: an assessment" (PDF). Language Documentation and Description. 11. ISSN 1740-6234. Dicapai pada 2019-01-12.
  32. ^ David Bulbeck (1996). Emily Rousham; Leonard Freedman; Rayma Pervan (penyunting). "Holocene Biological Evolution Of The Malay Peninsula Aborigines (Orang Asli)". Humans in the Australasian Region. World Scientific. 2: 37. ISBN 98-102-3007-9.
  33. ^ Jeffrey Hays (2008). "Semang (Negritos), Senoi, Temiar And Orang Asli Of Malaysia". Facts And Details. Dicapai pada 2019-01-25.
  34. ^ DK Travel (2016). DK Eyewitness Travel Guide Malaysia and Singapore. Dorling Kindersley Ltd. m/s. 39. ISBN 978-02-412-5431-8.
  35. ^ Robert Garth Cant (1972). An Historical Geography of Pahang, Issues 4-7. MBRAS. m/s. 19. OCLC 1068038809.
  36. ^ a b Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society. Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1878. m/s. 46. OCLC 16746647.
  37. ^ Joachim Schliesinger (2015). Ethnic Groups of Thailand. m/s. 129.
  38. ^ John H. Brandt (1961). "The Negrito of Peninsular Thailand". Journal of the Siam Society. Sirindhorn Anthropology Centre. 49 (Pt. 2). Dicapai pada 2019-01-30.
  39. ^ a b Barbara Watson Andaya & Leonard Y Andaya (2016). A History of Malaysia. Macmillan International Higher Education. m/s. 168–169. ISBN 978-11-376-0515-3.
  40. ^ Woodhouse, Leslie (Spring 2019). "Picturing Siwilai: Colonial Anxiety and Ethnic Difference in Elite Photography during Siam's Fifth Reign (1868–1910)". Amerasia Journal. 43 (2). doi:10.17953/aj.43.2.141-157. S2CID 150259232.
  41. ^ a b Anja Lingjerde Lillegraven (May 2006). "Paths of Change in Fields of Power: A study of the Chewong – an indigenous minority group in peninsular Malaysia" (PDF). Department of Social Anthropology, University of Oslo. Dicapai pada 2017-11-20.
  42. ^ a b Kirk Endicott (June 1982). "The Effects Of Logging On The Batek Of Malaysia". Cultural Survival. Dicapai pada 2019-02-01.
  43. ^ Csilla Dallos (2011). From Equality to Inequality: Social Change Among Newly Sedentary Lanoh Hunter-gatherer Traders of Peninsular Malaysia. University of Toronto Press. m/s. 34–37. ISBN 978-14-426-1122-1.
  44. ^ Geoffrey Benjamin & Cynthia Chou (2002). Tribal Communities in the Malay World. m/s. 77–96.

Bacaan lanjut

  • Human Relations Area Files, inc. (1976), Semang, Ann Arbor, Mich: University Microfilms
  • Mirante, Edith (2014), The Wind in the Bamboo: Journeys in Search of Asia's 'Negrito' Indigenous Peoples, Bangkok, Orchid Press

Pautan luar

  •   Kategori berkenaan Semang di Wikimedia Commons