Amerindian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: Merapikan pranala interwiki lama
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 1:
'''Amerindian''' atau '''Pribumi Indian''' ialah istilah kabur yang diberikan kepada orang-orang yang berketurunan khususnya daripada penduduk asal di [[benua Amerika]] sebelum [[penjajahan]] [[Eropah]] (menyusuli ketibaan [[Christopher Columbus]] pada tahun [[1492]]). Istilah ini membezakan orang-orang tersebut daripada [[mestizo]] (kacukan antara penduduk asal dengan orang Eropah) dan [[kriolo]] (orang Eropah yang dilahirkan di benua Amerika).
[[Fail:East Asian and East Asian-related populations worldwide map (ethnolinguistic).png|thumb|222x222px|ras Mongoloid ]]
 
[[Orang asli]] benua Amerika seringnya dikenali sebagai "Indian Amerika" atau "Red Indian", atau secara mudahnya "Indian" sahaja. Istilah-istilah ini, termasuk juga istilah "Amerindian" dan "pribumi Indian", kesemuanya adalah kabur kerana diterbitkan daripada perkataan [[Demografi India|Indian]] yang menandakan orang dari negara [[India]]. Istilah-istilah ini diterbitkan apabila [[Christopher Columbus|Columbus]] salah menganggap bahawa beliau telah menjumpai laluan ke [[India]] tetapi sebenarnya menemui benua Amerika. Dari segi antropologi, kaum ini berasal dari [[ras Mongoloid]] dari [[Asia]]. Oleh itu, rupa mereka mirip kepada kaum dari [[Mongolia]] dan [[China]].