Hang Tuah (filem 1956): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 24:
 
 
[[Hang Tuah]] dan empat orang kawannya: [[Hang Jebat]], Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di [[Gunung Ledang]]. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak dara jelita yang berasal daripada puak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota [[Melaka]]. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara Tun Perak daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk dan telah mencetuskan huru hara di kota Melaka. Dato' Bendahara Tun Perak kagum dengan ketangkasan Hang Tuah lima bersaudara menangani amukan lelaki terbabit dan menjemput mereka semua berkunjung ke rumahnya. Apabila Sultan Melaka mendapat tahu akan berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Hari demi hari, Sultan semakin sayang terhadap Hang Tuah lima bersaudara sehingga mencetuskan rasa iri hati dalam kalangan pembesar-pembesar istana. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit yang dikenali sebagai Taming Sari. Kerana ketangkasannya berlawan sehingga terbunuhnya pahlawan handalanterulung Jawa terbabit, Hang Tuah dikurniakan keris Taming Sari dari pihak istana SriwijayaMajapahit sendiri.
 
Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke [[Pahang]] bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Tanpa usul periksa, Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah merancang untuk mengamuk dan menghuru-harakan Melaka. Ketika majlis keramaian untuk menyambut ulangtahun Patih Karma Wijaya, beliau telah maut dikelar lehernya oleh Melor yang menggunakan kerambit semasa menari. Dalam kekecohan itu, Melor turut terbunuh setelah seorang pengawal istana melemparkan tombak ke arahnya. Hang Jebat mula menjalankan rancangannya sehingga memaksa Sultan Mansur Syah dan hulubalang-hulubalangnya berundur ke rumah Bendahara Tun Perak.