Tajwid: Perbezaan antara semakan

9 bait ditambah ,  1 tahun lalu
k
kemasan
kTiada ringkasan suntingan
k (kemasan)
{{Quran}}'''Tajwīd''' (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan ''Jawwada''. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
 
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat [[al-Quran]]. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah [[fardhu kifayah]] tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah [[fardhu ain]] atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang [[mukallaf]].