H. M. Busra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 25:
 
==Kematian==
Pada malam selasa, 7 April 1981, ketika berlangsungnya [[Festival Filem Malaysia ke-2|Pesta Filem Malaysia ke-2]], HM Busra telah meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Sebelumnya, beliau telah memberitahu hasrat untuk pulang lebih awal kerana penat kepada Seniman [[S. Sudarmaji]] yang kebetulan duduk disebelah beliau pada malam itu. Menurut S.Sudarmaji, sewaktu dalam perjalanan pulang dari [[Stadium Negara]], di mana Pesta Filem Malaysia ke-2 diadakan, beliau ternampak kereta milik HM Busra berhenti di pinggir Jalan Yoke Yew, lalu beliau memberhentikan kereta dan merapati kereta berkenaan. S.Sudarmaji kemudiannya mendapati HM Busra ada didalam kenderaan tersebut, namun beliau kelihatan tidak bermaya sambil mengadu sesak nafas, lantas S. Sudarmaji bergegas untuk mendapatkan ambulan. Sekembalinya beliau ke kereta Busra, didapati seniman tersebut telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, iaitu kira-kira antara jam 11.00 malam hingga 11.30 malam. Pada ketika itu Allahyarham HM Busra yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit asma yang teruk.
 
Lebih trajismenyayat lagihati ialah, sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disampaikan kepada ahli keluarganya di Semenyih, kakak Allahyarham, Shamsiah Sarmin yang berusia 60 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu sedih dan terkejut dengan berita kematian adiknya. Jenazah kedua-dua beradik ini disemadikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Semenyih. Allahyarham HM Busra meninggalkan seorang balu, Salmah Yusof dan lima orang anak, Rosilawati, Mohd Suhaimi, Rosmilah, Mohd Afendi dan Rosailah.
 
==Filemografi==