H. M. Busra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 20:
 
==Biografi==
HMH.M. Busra dilahirkan pada 1933 di [[Semenyih]], [[Selangor]], Busra dikenali ramai kerana lakonannya dianggap berkesan biarpun dalam satu dua babak saja, seperti mana watak lelaki mabuk pemain muzik dalam filem [[Seniman Bujang Lapok]]. Sepanjang hayatnya dia berlakon lebih 40 filem, antaranya Takdir, [[Panji Semerang]], [[Pileh Menantu]] dan [[Anakku Sazali]]. Filem terakhirnya ialah [[Langit Tidak Selalu Cerah]]. Berkebolehan bermain biola dan trumpet, ia ditunjukkan dalam Seniman Bujang Lapok untuk babak dia meniup trumpet sehingga mengganggu jiran sebelah, termasuk watak Ramli, Sudin dan Ajis yang sibuk menghafal skrip menyebabkan Busra dibelasah tiga bujang lapok itu.
 
Selepas [[Malay Film Productions Ltd|Studio]] [[Jalan Ampas]] ditutup pada sekitar bulan November 1967, H.M Busra telah pulang ke [[Malaysia]] sebagaimana kebanyakan seniman-seniman lain yang berasal dari Malaysia, termasuk juga [[P. Ramlee|Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]] yang telah kembali lebih awal pada 1964. Dari [[Singapura]], H.M Busra kembali ke kampung halaman beliau di [[Semenyih]] dan di situlah beliau memulakan perusahaan membuat kicap, menternak ayam serta membuka tapak semaian.