Ophilia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saya menambah lakonan watak utama iaitu Ophilia yg dibintangi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
 
==Sinopsis==
Filem PUKIMAK SKIN HEAD BABI Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji ([[Pekin Ibrahim]]), Ozzi Gandum ([[Que Haidar]]) dan Totoi ([[Kodi Rasheed]]) yang mengamalkan gaya hidup ''skinhead'', bertembung dengan Ophilia, seorang perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur mulai lumpuh dan mereka bertiga diburu oleh kakak Ophilia, Ivy dan pembantunya Ah Beng ([[Michael Ang]]). Ivy telah ditipu oleh kumpulan lain berkaitan urusan jual beli dadah. Akibatnya, mereka dituntut membayar ganti rugi kerugian sebanyak RM75,000 dalam tempoh 24 jam. Bermacam cara mereka untuk memperoleh wang termasuk dengan meminta bantuan dengan Faktab ([[Riz Amin]]) namun gagal mendapat pinjaman. Akhirnya, mereka tiada pilihan lain selain dari merompak di pusat pinjaman wang berlesen. Mereka bertiga bersenjatakan pistol berjaya memperoleh wang tersebut tetapi pengurus disitu sempat menekan butang penggera keselamatan. Beberapa jam kemudian dengan suasana hujan lebat, sepasukan polis telah mengepung premis tersebut dan meminta agar mereka bertiga menyerah diri secepat mungkin. Semasa berada di dalam premis tersebut, berbagai peristiwa yang terjadi disitu. Uji ternampak akan sebuah potret gambar mendiang Ophilia di dinding berhampiran meja juruwang tersebut manakala Totoi pula dihubungi oleh ibunya yang berharap Totoi akan membahagiakannya pada esok hari kerana ibunya akan berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ozzi Gandum pula dipertemukan dengan ayahnya (lakonan [[Zizan Nin]]) yang juga merupakan pelanggan disitu. Mereka bertiga melepaskan semua tebusan sebelum menyerah diri ke pihak polis. Tiba-tiba, pistol milik Totoi terjatuh dari pinggangnya. Totoi bertindak mengambil pistol tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis. Tindakan Totoi ini menyebabkan dia telah ditembak. Ozzi Gandum pula terkejut dan bingkas untuk menyelamatkan rakannya tetapi dia juga telah ditembak sebelum Uji ditembak. Mereka disahkan meninggal dunia ditempat kajadian. Dalam masa yang sama, Ivy sudah berubah fikiran dan mengizinkan mereka bertiga meninggalkan premis tersebut tanpa mengambil apa jua wang di kedai tersebut bagi menghormati mendiang adiknya. Kematian Uji, Ozzi Gandum dan Totoi adalah kerana salah faham. Ivy pula baharu tersedar yang selama ini tiga lelaki melayu yang dibencinya adalah mangsa keadaan yang sanggup berbuat apa sahaja agar keluarga Ozzi Gandum tidak diapa-apakan oleh kumpulan kongsi gelap miliknya.
 
==Pelakon==