UG14: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
 
==Sejarah Awal==
Pada tahun 1990, Wom (vokal) yang ketika itu agak terumbang-ambing berikutan kegagalan album solonya di bawah label EMAREC telah bertemu dengan Teddy, seorang pemain keyboard berpengalaman dari Johor yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Neraca di bawah label EMAREC. Melihat bakat yang ada pada Wom, Teddy telah mengajaknya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang bertunjangkan rock progresif sebagai genre utama. Apabila usaha tersebut membuahkan hasil, Teddy telah merekrut 2 orang rakannya dari kumpulan Neraca iaitu Hafiz (dram) dan Chico (gitar) untuk turut sama menjayakan misinya. Mereka berempat kemudiannya mengikat kontrak bersama Saga Records untuk menghasilkan album pertama mereka. Bermula dari situlah mereka menamakan kumpulan mereka sebagai UG14 sempena alamat syarikat rakaman yang menaungi mereka.
 
Setahun kemudian, lahirlah album pertama UG14 yang diberi judul Introduksi di bawah label Saga Rekords dan bekerjasama dengan Polygram, syarikat rakaman di Singapura yang pernah menaungi kumpulan Search dan Headwind. Melihat kejayaan album Introduksi, Polygram telah memutuskan untuk membeli kumpulan UG14 dari Saga Records dan memberi kepercayaan kepada kumpulan ini untuk menghasilkan album seterusnya.
 
==Ahli-ahli==