Pengislaman Bugis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 19:
===Aspek-aspek alatan kebudayaan lain===
 
Kehidupan [[Bugis]] seperti yang digambarkan dalam [[La Galigo]] ialah sebuah komuniti yang bersifat terbuka kepada pengaruh-pengaruh luar, di mana barang-barang impot bukan sahaja dimiliki oleh golongan atasan tetapi turut dimiliki oleh orang kebanyakan. Pada abad ke-16 bentuk dan pembinaan perumahan bagaimanapun kekal dan tidak berubah. Bagi rumah golongan atasan, perabot-perabot barat mula digunakan manakala tingkap-tingkap tradisional digantikan dengan tingkap-tingkap bercirikan barat. Kebanyakan nama-nama bagi inovasi ini diambil dari sebutan [[Portugis]] seperti <i>''kadera<i>'' (kerusi) dari <i>''cadeira<i>'' dan <i>''mejang<i>'' (meja) dari <i>''mesa<i>''.
 
Kesan-kesan lain ialah perubahan dalam makanan ruji. [[Keledek]] dan [[tembakau]] mula diperkenalkan oleh [[Portugis]] dan [[Sepanyol]]. Antara bahan-bahan yang baru ialah candu yang digunakan dalam peperangan dan menjadi satu ketagihan bagi golongan atasan.