Salafi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tun9966 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tun9966 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
 
'''Salafi''', '''Salafi Jihadi''' atau '''Salafi Wahabi''' ialah pengikut gerakan Islam yang '''ekstrim''' yang mendakwa mengambil generasi pendahulu ''[[Salaf]]'' di zaman awal Islam, sebagai model teladan.<ref>''Ghazali And The Poetics Of Imagination'', oleh Ebrahim Moosa ISBN 0-8078-5612-6 – m/s. 21</ref> Sebahagian Ulama menisbahkan mereka sebagai penerus pemikiran '''sesat''' '''[[Khawarij]]'''. Oleh yang demikian, mereka juga digelar sebagai "'''Khawarij Moden'''". Mereka mengikut ajaran '''Wahabisme''' yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab di Najd, bahagian Utara Arab Saudi. Gerakan '''Wahabisme''' ialah gerakan radikal yang dibawa oleh '''[[Muhammad bin Abdul Wahab]]''' yang dipengaruhi oleh fahaman '''[[Ibnu Taimiyah]]''' yang '''bertentangan''' dengan akidah [[Ahlussunnah waljamaah|Ahlu Sunnah Wal Jamaah]]. Kebanyakkan yang berpegang dengan fahaman Wahabi ini telah melahirkan ekstrimis seperti '''[[Al-Qaeda]]''', [[Boko Haram|'''Boko Haram''']] dan [[Negara Islam Iraq dan Syam|'''ISIS''']] yang merupakan kumpulan pengganas yang bertentangan dengan [[Ahlussunnah waljamaah|Ahlu Sunnah Wal Jamaah]].
 
Mereka yang berpegang dengan pegangan [[Salafi|Salafi-Wahabi]] terkenal dengan budaya menuduh amalan-amalan sunat yang dianjurkan para Ulama berdasarkan [[Al-Quran|Al-Quran dan Hadis]] sebagai bid'ah. Selain itu, perkara-perkara ''khilafiyyah'' akan diperbesarkan dan diperdebatkan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan umat. Mereka juga menentang umat Islam yang berpegang kepada mazhab para '''[[Ulama]]''' yang mengikut Al-Quran dan [[Hadis]] dan menuduh mereka sebagai taksub kepada mazhab. Sebagai contoh, mereka yang berpegang kepada [[Mazhab Syafii|'''Mazhab''' '''Syafie''']] akan membaca Doa Qunut ketika menunaikan [[Solat Subuh]], golongan ini akan dituduh sebagai pengamal bid'ah dan taksub kepada mazhab. Fahaman ini tersebar secara meluas di '''Perlis''' namun telah disekat oleh pihak Mufti dan Jabatan Agama di negeri-negeri yang lain menerusi kenyataan rasmi.