Perbincangan:Dasar Ekonomi Baru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Saya rasa rencana [[Dasar Ekonomi Baru]] patut dikekalkan meskipun dihapus pelaksanaannya di Malaysia. Ini kerana sekurang-kurangnya membuktikan Dasar Ekonomi Baru pernah dilaksanakan di Malaysia. Tak ada sebab untuk hapus ye. Satu lagi, DEB sebenarnya telahpun dimansuhkan pada 1990 oleh kerajaan Malaysia. Hanya yang masih diteruskan sekarang ialah persamaan ciri-ciri yang terdapat pada DEB dan tak begitu rancak sebagaimana tempoh pelaksanaan DEB dijalankan. Namun demikian, tiada pihak yang berani melontarkan suara mengenai isu tersebut ketika awal pemansuhan DEB(sekitar 1990-an). Kenapa Lim Guan Eng memberi kenyataan pemansuhan DEB, banyak pihak yang terkejut? Saya rasa Lim sebenarnya hanya menghangatkan kembali isu yang sebenarnya lapuk ditelan sedekad yang lalu. Bukannya melakukan pemansuhan DEB, cuba faham ye. Saya rasa sememangnya diakui ramai pihak, segelintir media elektronik/cetak sering memutarbelitkan fakta yang diluahkan pihak pembangkang terkini(DAP-PKR-PAS) untuk menjaga kepentingan parti pemerintah terkini(BN). Adakah jika pakatan DAP-PKR-PAS mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia, maka pihak media akan beralih arah untuk menyebelahi pakatan tersebut, dan tidak menghiraukan parti BN???
 
Saya rasa media merupakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang neutral , tepat, dan mutakhir kepada pembaca. Akan tetapi, banyak media elektronik/cetak di Malaysia yang tidak mengutamakan erti "media" yang sebenar. Hanya semata-mata mengharapkan keuntungan daripada parti pemerintah terkini saje dengan tajuk-tajuk berita yang sememangnya, entahlah. Kembali kepada isu DEB, sebenarnya sukar dinafikan bahawa sememangnya kaum Melayu merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang. Kenapa nilai hartanah/rumah-rumah di Pulau Pinang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan negeri lain, ini kerana Pulau Pinang sememangnya sudah tidak menjalankan prinsip DEB sedaksejak dulu lagi. Namun, tak ada yang melatah sampai nak buat demonstrasi jalanan waktu dulu pun. Rasa-rasanya, tak ada beza jika ada DEB ke ataupun tidak. Saya sebenarnya pelik kenapa perhimpunan di KOMTAR baru-baru ini hanya disertai oleh penyokong UMNO saje, dan tidak dihadiri oleh penduduk Pulau Pinang yang lain(termasuk saya). Adakah penduduk Pulau Pinang(Melayu) yang lain tu tak ingin memperjuangkan DEB. Rasa-rasanya, rata-rata penduduk Pulau Pinang menganggap ada DEB ke ataupun tiada, sama saje kerana DEB telahpun dimansuhkan pada 1990 lagi. Akan tetapi, pengikut UMNO saje yang hadir sebab merekalah dalang segala-galanya. Semua wang yang patut disalurkan untuk pembangunan rakyat dijadikan sebagai wang upah kepada penyokong fanatik UMNO yang berkempen untuk ketua masing-masing saje. Sebab itulah, mereka juga yang marah sekarang sebab kerajaan negeri Pulau Pinang dah beralih pimpinan kepada DAP-PKR. Tak boleh nak "bodek" dah, jadi nak cari mana duit(tak mau kerja, tapi nak hidup senang macam orang yang pulun belajar sampai menara gading pulak). Itulah yang sering dibangkitkan Lim Guan Eng iaitu tiada kronisme, nepotisme, dan rasuah dalam pentadbiran di Pulau Pinang dengan menghapuskan dasar DEB sebaliknya mengutamakan hak rakyat menerima limpahan pembangunan daripada kerajaan negeri. Ini kerana beliau sudah memerhati cara pentadbiran pimpinan BN suatu ketika dahulu yang sememangnya tidak memuaskan. Kenapa harga jualan rumah-rumah di Pulau Pinang mahal?? Ini kerana untuk memberi komisen yang tinggi kepada pengikut-pengikut BN(terutama UMNO) semasa BN masih memegang kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu. Sebab itulah, orang-orang BN tak marah sangat dahulu sebaliknya menggalakkan pulak demi memperoleh komisen yang tinggi daripada pemaju-pemaju perumahan. Itulah yang dikatakan penipuan yang dijalankan oleh orang-orang BN(terutama UMNO) waktu dahulu tetapi bila tak boleh dapat komisen dah, orang-orang BN menafikan dan menyatakan pihak DAP-PKR pulak punca terjadinya sebegitu. Inilah orang yang dah buat salah, tapi nak bersembunyi lalu menyalahi orang lain pulak. Mungkin harga rumah akan diturunkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP-PKR, dan nilai matawang Ringgit Malaysia di persada antarabangsa akan bertambah. Hooray! Saya sebenarnya bukan anti-BN dan bukannya jugak pro-pakatan DAP,PKR,PAS. Saya hanya bertindak menyebelahi pihak yang sewajarnya. Itulah yang dikatakan adil, betul tak. Sebenarnya, ini merupakan luahan daripada saya sebagai seorang anak jati tulen kelahiran Pulau Pinang. Saya rasa apa-apa pendapat mengenai DEB di Pulau Pinang patut diajukan kepada anak jati Pulau Pinang bukannya penganalisis politik. Ini kerana rakyat Pulau Pinang yang menerima apa-apa jua pembangunan/masalah yang terdapat di negeri sendiri. Sedangkan, penganalisis politik pun hanya bayangkan dan menganalisis isu DEB daripada sumber media elektronik/cetak(meskipun diragui kesahihannya) dan tidak merasai keadaan yang sebenar kerana penganalisis itu sendiri pun bukannya orang Pulau Pinang(tetapi orang negeri lain). Penganalisis hanya bertindak mengemukakan pendapat/keputusan analisis masing-masing dan seharusnya orang lain tak patut percaya pernyataan 100% daripada penganalasis itu kerana setiap manusia pasti ada kekurangan sesuatu. — [[Pengguna:Didie|Didie]] <sup>([[Perbincangan Pengguna:Didie|bincang]])</sup> 14:34, 18 Mac 2008 (UTC)
Kembali ke laman "Dasar Ekonomi Baru".