Wilayah Pattani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 48:
}}
 
'''Pattani''' atau '''Patani''' ( [[Tulisan {{Jawi]]: |ڤطاني}}) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (''changwat'') di selatan [[Thailand]] yang terbentuk hasil pemecahan [[Kerajaan Pattani]]/Kesultanan Patani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah [[Wilayah Narathiwat|Narathiwat (Menara)]], [[Wilayah Yala|Yala (Jala)]] dan [[Wilayah Songkhla|Songkhla (Singgora)]].
 
Masyarakat [[orang Melayu|Melayu]] tempatan memanggil wilayah mereka '''Patani Darussalam''' atau '''Patani Raya'''.
Baris 56:
 
== Sejarah ==
''[[Kerajaan Patani{{Main|Lihat Kerajaan Patani]]''}}
 
Pada asalnya, [[Kerajaan Pattani|Pattani]] merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah [[Kerajaan Ayutthaya]] jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, [[Dinasti Chakri]] yang baru ditubuhkan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam dan menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke kawasan selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani. Untuk mengukuhkan penguasaannya, Siam melantik orang Melayu sendiri sebagai gabenor di Patani dengan Raja Kampung Laut Tuan Besar dari Kelantan sebagai gabenor yang memakai gelaran raja atau sultan atau dalam bahasa Siam sebagai ''Phraya''. Phraya Patani ke-V dan terakhir iaitu [[Tengku Abdul Kadir Kamaruddin|Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah]] telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam pemberontakan untuk membebaskan Patani daripada Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja Melayu di Patani. Pada 1909, penguasaan Siam terhadap Pattani diperkukuhkan dan diakui oleh British secara rasmi akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan [[Empayar British]]. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah [[pergerakan pemisah Patani]] yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan [[Malaysia]].