Tan Lian Hoe: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
k Tatabahasa
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Pada asalnya UMNO bagi Tan kawasan Lenggong
Baris 3:
Dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 2004]], [[PPP]] ingin bertanding. Oleh itu mereka perlu berunding dengan parti ahli [[Barisan Nasional]] yang lain. Ahkirnya, mereka diberikan kawasan Parlimen [[Taiping]] dengan [[M. Kayveas]] sebagai calon. Pada asalnya kawasan ini ditandingi oleh [[Parti Gerakan]]. [[UMNO]] pula "meminjamkan" kawasan [[Bukit Gantang]] yang merupakan kawasan Melayu, kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan akhirnya beliau menang.
 
Namun selepas itu, UMNO menyarankan bahawa mereka ingin menuntut balik kawasan Bukit Gantang supaya mereka boleh bertanding di sana lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan [[Taiping]] dalam Pilihanraya Umum yang seterusnya. Namun Kayveas tegas ingin berkekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi [[Pilihanraya Umum Malaysia 2008]] oleh [[UMNO]] [[Perak]] kawasan parlimen [[GerikLenggong]], sebuah kawasan yang kebanyakannya pengundi [[Melayu]]. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan "meminjamkan" kawasan [[Gerik]] kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Beliau memenangi kawasan Gerik.
 
Dalam barisan [[Kabinet Malaysia 2008]], beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Beliau merupakan ketua wanita [[Gerakan]].