Syarikat berhad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{Muhammad alif adha bin samad}}
{{BusinessLaw}}
 
'''Syarikat berhad''' di [[United Kingdom]] atau [[Republik Ireland|Ireland]] ialah [[perbadanan]] yang [[Liabiliti terhad|liabiliti]] [[pemegang saham]]nya [[Syarikat sendirian yang dihadkan oleh saham|dihadkan oleh saham]]. Ia merupakan bentuk [[syarikat sendirian]] yang paling umum. Bagi banyak orang, membentuk syarikat berhad merupakan satu pilihan yang menarik kerana, berbeza dengan pedagang perseorangan, [[aset]] peribadi diasingkan sama sekali daripada kewangan syarikat.<ref name="Constructaquote.comalifsamad30">"Setting up a limited company - the basics," Constructaquote.com, http://www.constructaquote.com/home/business-guides/setting-up-a-limited-company--the-basics.aspx</ref>
 
Padanan syarikat sendirian di [[Australia]] ialah [[Syarikat tuan punya|syarikat Proprietary Limited]] (Pty Ltd). Sebuah syarikat Australia dengan perkataan ''Limited'' (Berhad) atau ''Ltd'' pada akhir namanya ialah [[syarikat awam]], misalnya sebuah syarikat yang didaftarkan dengan [[ASX]] (walaupun syarikat awam boleh dan seringnya tidak tersenarai). Australia tidak mempunyai padanan yang tepat untuk ''plc''.
 
; [[Syarikat berhad dengan jaminan|Syarikat sendirian berhad dengan jaminan]] :
Jenis syarikat ini tidak mempunyai [[modal saham]] tetapi sebaliknya, dijamin oleh "anggota"nya yang bersetuju untuk membayar jumlah yang tetap jika syarikat itu mengalami [[pembubaran]]. [[Pertubuhan amal]] seringnya diperbadankan dengan menggunakan jenis liabiliti terhad ini. Satu lagi contoh ialah [[Financial Services Authority|Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan]]. Di [[Australia]], hanya syarikat awam tak tersenarai dibenarkan pengehadan jaminan.<ref>http://www.limitedcompany.com.au Types of limited and unlimited companies in Australia</ref>
 
; [[Syarikat sendirian berhad dengan saham]] :
Jenis syarikat ini mempunyai pemegang saham dengan liabiliti terhad. Sahamnya tidak boleh ditawarkan kepada khalayak.
 
; [[Syarikat awam berhad]] (plc) :
Saham syarikat awam berhad boleh didagangkan kepada orang awam di dalam [[bursa saham]] &mdash; serupa dengan [[Perbadanan]] (Corp) di [[Amerika Syarikat]] dan [[Aktiengesellschaft]] (AG) di [[Jerman]].
 
Bagi pemegang saham syarikat berhad, jika syarikat itu [[Ketakmampuan bayar|tak mampu bayar]] (sama dengan [[kebankrupan]] di Amerika Syarikat), mereka diwajibkan membayar jumlah yang masih belum dijelaskan untuk saham mereka (biasanya sifar kerana kebanyakan saham dibayar sepenuhnya sewaktu diterbitkan). 'Bayar' di sini berkait dengan jumlah yang perlu dibayar kepada syarikat untuk saham sewaktu buat pertama kali diterbitkan dan harus tidak dikelirukan dengan jumlah yang dibayar oleh pemegang saham kepada orang lain untuk memindahkan pemilikan saham sesama mereka. Justera, seseorang pemegang saham dilindungi oleh liabiliti terhad.
 
Syarikat berhad boleh didaftarkan di [[England dan Wales]], [[Scotland]], [[Ireland Utara]], dan [[Australia]]. Pendaftaran syarikat di [[Great Britain]] ([[England]], [[Scotland]], dan [[Wales]]) dilakukan menerusi [[Companies House]], manakala ia dilakukan di Australia menerusi [[Australian Securities and Investments Commission]] (ASIC)<ref>http://www.asic.gov.au</ref>.
 
Pendaftaran syarikat di [[Ireland Utara]] ialah tanggungjawab [[Department of Enterprise, Trade and Investment|Jabatan Perusahaan, Perdagangan dan Pelaburan]]. Sejak [[1 Oktober]] [[2009]], tanggungjawab itu telah dipindahkan kepada Companies House di bawah Jabatan Perusahaan Perniagaan dan Reformasi Kawal Selia (''Department for Business Enterprise and Regulatory Reform'', BERR)<ref>http://www.companieshouse.gov.uk/companiesAct/niCompReg.shtml Northern Ireland Company Registry Integration</ref>.
 
Ireland Utara akan mengekalkan kewujudannya, dengan fungsi pendaftarannya menyerupai model Companies House Scotland. Ini bermakna bahawa pejabat Pendaftar Ireland Utara akan dikekalkan di [[Belfast]].
 
Padanan syarikat berhad boleh dijumpai di kebanyakan negara, walaupun peraturan masing-masing yang terperinci amat berbeza. Adalah biasa juga bahawa perbezaan dibuat antara:
* jenis "plc", syarikat yang sahamnya boleh didagangkan kepada khalayak, misalnya [[Aktiengesellschaft]] (AG) di [[Jerman]], [[a.s.]] di [[Republik Czech]], dan [[S.A. (perbadanan)|S.A.]] di [[Mexico]], [[Perancis]], dan [[Poland]]; dan
* jenis syarikat "sendirian", seperti [[Gesellschaft mit beschränkter Haftung|GmbH]] di Jerman, [[Sp. z o.o.]] di Poland dan [[s.r.o.]] di Republik Czech.
 
== Lihat juga ==