Gunung Qaf: Perbezaan antara semakan

1,196 bait ditambah ,  11 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
 
'''Gunung Qaf''', atau '''Jabal Qaf''', (Bahasa Arab: جبل قاف‎), adalah gunung lagenda yang popular dalam kisah-kisah mitologi Timur Tengah. Dalam tradisi Islam, Gunung Qaf dikatakan tempat tinggal jin dan dibuat daripada batu zamrud oleh Tuhan. Gunung Qaf dikatakan terletak jauh di hujung dunia dan mengelilingi dunia berdekatan dengan lautan.
 
== Tradisi Arab Islam ==
Menurut catatan Hatim Tai, Gunung Qaf terdiri daripada batu zamrud hijau, peridot atau krsolit, yang pantulannya memberikan warna kehijauan di langit. Gunung ini dianggap sebagai rumah bagi bangsa Jin dan tempat di mana dunia ghaib bermula. Dalam kesusasteraan Arab, Qaf adalah gunung paling tinggi yang diciptakan oleh Allah untuk menyokong bumi dan merupakan asal gunung kepada semua gunung dunia lain, yang dihubungkan oleh rentang bawah tanah. Jaraknya dipisahkan dari dunia manusia oleh lautan yang mengelilingi dunia. Kota-kota zamrud [[Jabulqa dan Jabulsa]], dikatakan terletak berdekatan dengan Gunung Qaf.
 
Buku Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt ("Keajaiban Makhluk dan Keta'juban Penciptaan") yang ditulis pada abad ke-13 oleh [[Zakariya al-Qazwini]] merupakan sebuah buku terkenal kosmologi Islam yang ada menyebut tentang Gunung Qaf. Menurut kosmologi Qazwini, langit ditegakkan oleh Allah agar tidak jatuh di Bumi. Bumi dianggap [[Bumi rata|rata]] dan dikelilingi oleh lingkaran gunung - termasuk Gunung Qaf - yang menahannya di tempatnya seperti pasak.
 
Menurut sesetengah penulis, Gunung Qaf adalah satu versi Islam untuk [[Rupes Nigra]].
7,056

suntingan