Kemaskulinan beracun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tofeiku (bincang | sumb.)
k ikut dasar bahasa WBM
Baris 1:
'''Kemaskulinan beracun''' ({{Lang-en|Toxic masculinity}} - juga '''maskuliniti'''/'''maskulinitas beracun''') ialah konsep digunakan dalam perbincangan media dan [[psikologi]] menyentuh hal [[kemaskulinan]] untuk merujuk kepada [[Norma budaya|norma-norma budaya]] tertentu yang dilihat boleh membahayakan tidak sahaja masyarakat umum malah [[Lelaki|golongan lelaki]] sendiri. Hal ini termasuk [[stereotaip]] tradisional kaum lelaki yang dianggap dominan dalam sesetengah masyarakat serta ciri-ciri yang berkaitan seperti [[Misogini|rasa benci terhadap wanita]] dan [[Homofobia|golongan homoseksual]], di mana kesemua aspek ini dianggap "meracun" kerana menggalakan [[Keganasan|perbuatan mengganas]] termasuk [[Gangguan seksual|secara seksual]] dan [[Keganasan rumah tangga|mahupun terhadap pasangan rumah tangga]].
 
== Perbincangan lanjut ==
Penggambaran atau penaranganpenerangan konsep perilaku ini tidak berniat menyerang buta kaum lelaki atau sifat-sifat yang dikaitkan dengan mereka, tetapi ia lebih kepada menekankan kesan bahaya yang ditimbulkan apabila terhadap tingkah laku tertentu yang ideal dan tradisional dalam kalangan lelaki seperti penguasaan atau dominans, berdikari dan [[Sayembara|persaingan]] dikekalkan secara paksanya. {{Refn|name=Hess, Peter}} {{Refn|name=Kaplan}} Maka, perilaku sebegini didasarkan daripada kepatuhan kepada peranan jantina lelaki tradisional yang menyekat jenis [[emosi]] boleh diluah anak-anak dan remaja lelaki sehingga hanya mampu menunjukkan [[kemarahan]] serta termasuk tanggapan masyarakat umum yang mengharapkan lelaki berperilaku dominan (" [[Alfa (etologi)|lelaki alfa]] ").{{Refn|name=Liu 2016}}
 
Sesetengah tingkah laku maskulin yang ditetapkan secara tradisinya boleh menghasilkan kesan berbahaya seperti keganasan (termasuk [[Gangguan seksual|serangan seksual]] dan [[keganasan rumah tangga]]), perangai kegasangan (''promiscuity''), perilaku yang berisiko dan/atau tidak bertanggungjawab seperti [[penyalahgunaan bahan]], serta jalinan hubungan yang bermasalah.{{Refn|name=Levant 1996}}{{Refn|name=Liu & Shepard}}