Iklim (kumpulan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Magix143 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Magix143 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Manual revert Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 21:
Kumpulan '''Iklim''' merupakan sebuah kumpulan Rock yang bermula pada tahun 1989; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, selatan [[Thailand]], dan [[Kepulauan Cocos]] di [[Australia]] pada sekitar tahun 90'an. '''Iklim''' terbentuk secara rasmi pada tahun 1991 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre ''[[Rock]] dan [[Slow Rock]]''. Lagu hits adalah ''Suci Dalam Debu'' , ''Bukan Aku Tak Cinta'', ''Mimpi Yang Pulang'', ''Hakikat Sebuah Cinta'' dan ''Seribu Kali Sayang''. Album Suci Dalam Debu terjual 1,000,000 unit di Indonesia,{{citation needed|date=1994}} dan mengangkat nama iklim sebagai kumpulan terkenal dan berjaya di negara jiran tetangga tersebut sehingga kini.
 
== Sejarah Awal ==
 
Kumpulan Iklim bermula daripada gabungan dua kumpulan dari Pantai Timur Tanah Air (Kumpuln The Kids & Kumpulan Midnight) apabila Mohalim, Fadil, Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap,dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi dengan suara yang mantap ia itu A. M. Salim Abdul Majeed di Kg Setiu pada tahun 1985 yang mana semuanya berasal dari empat anak muda Terengganu.Kumpulan Iklim telah pun mendapat pelawaan sebagai artis dari sebuah syarikat rakaman ketika itu, untuk memantapkan lagi muzik Iklim telah menambah seorang lagi pemuzik ia itu Huzali berperanan sebagai pemain keyboard.Apabila siap demo tiga lagu Kumpulan Iklim terus menjaja demo setiap syarikat rakaman pada tahun 1988.Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa Malaysia, pada asalnya nama kumpulan Khatulistiwa, oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai, jadi terpaksa dibubarkan dan mencadangkan nama lain sebagai ganti, maka lahirlah nama kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan sama ada panas, sejuk, gelora, tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.