Species (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
Sil kemudiannya meletus semasa tidur membuat para saintis menganggapnya sebagai satu ancaman. Suatu hari mereka cuba untuk membunuhnya dengan menggunakan gas sianida tetapi dia sempat keluar dari sel simpanannya lalu melarikan diri. Ketua pasukan makmal, mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada ahli antropologi, Dr. Stephen Arden ([[Alfred Molina]]), ahli biologi molekul Dr. Laura Baker ([[Marg Helgenberger]]), Smithson ([[Forest Whitaker]]) dan Preston Lennox ([[Michael Madsen]]) untuk mencari dan memusnahkan Sil. Sil yang sudah matang dengan cepat menjadi orang dewasa ([[Natasha Henstridge]]). Pada awal usia dua puluh an, dia berjalan di bandar Los Angeles. Kekuatan tubuhnya, kemampuan cepat untuk regenerasi dan kecerdasan fikirannya menjadikan pengesanannya sangat sukar. Para saintis mulai takut bahawa spesis ini boleh bersenyawa dengan mana-mana manusia lelaki untuk menghasilkan keturunan yang dapat menghapuskan populasi manusia kelak. Realitinya, Sil berniat membiakkan baka keturunannya dengan secepat mungkin, dan membunuh mangsanya selepas dari proses persetubuhan bersama.
 
Sil pertama kali cuba mengawan dengan Robbie ([[Anthony Guidera]]), tetapi setelah merasakan bahawa dia menghidap diabetes. Akibat nafsunya tidak mencapai kepuasan, dia cuba memperkosa, kemudian membunuhnya dengan menusuk tengkorak Robbie dengan taantekeltantekel lidahnya. Dia kemudian berusaha untuk berkawan dengan John Carey ([[Whip Hubley]]), seorang lelaki yang dia temui setelah kemalangan kereta. Mereka berenang di dalam sebuah kolam renang di mana Sil memaksanya untuk bersetubuh, tetapi John menolak kerana merasakan ia agak terburu-buru. Dalam masa sama, peristiwa ini terganggu oleh kedatabgan Preston dan Laura di premis John. Sil segera membunuh Carey dan berubah menjadi bentuk asalnya seekor alien. Dia kemudian berpura-pura menjadi mangsa rogol untuk menculik seorang wanita ([[Marliese K. Schneider]]) untuk mengambil identitinya. Duduk di dalam kereta berhampiran rumah Carey, dia membaca bibir Fitch, seperti yang dia lakukan sebelumnya. Selepas pulang dari kelab malam, dia dilihat oleh Dan lalu mengejarmengejarnya dengan sebuah kereta. DiaSil merempuh kereta tersebut dan menyebabkan berlakunya kebakaran akibat pelanggaran ke dalam Transformer elektrik voltan tinggi.
 
Setelah memotong dan mewarnai rambutnya, Sil mula menarik perhatian Preston, setelah memimpikannya pada malam sebelumnya. Dia mula mengekorinya di hotel itu. Preston dan pasukannya tidak dapat mengecam identiti Sil. Manakala Arden, yang masih bujang, terus masuk ke bilik Sil untuk melakukan persetubuhan lalu membunuhnya ketika dia menyedari perempuan tersebut adalah Sil. Dan pula merasakan bahawa Sil ada di hotel itu dan dia juga ada memberitahu Preston, Laura, dan anggota pasukan yang lain. Sil terus melarikan diri hingga ke tempat pembuangan sampah di mana Fitch kemudiannya dibunuh. Sil yang bunting terus melahirkan zuriatnya dan Dan menemukannya sebagai alien spesis jantan ([[Kurtis Burow]]) di dalam sebuah gua di belakang saluran pembuangan sampah. Anak Sil itu berubah menjadi bentuk makhluk asing dan menyerangnya. Dan sempat membakarnya sehingga mati. Preston juga berjaya membunuh Sil. Mereka bertiga berasa sangat lega dan bersyukur kerana berjaya menghapuskan keturunan Sil tersebut sebelum meninggalkan kawasan itu. Adegan terakhir menunjukkan seekor tikus mengunyah salah satu tentakel Sil yang terputus; ia mula berubah menjadi binatang buas dan memakan tikus lain.
 
== Pelakon ==