Haji Mahadi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 41:
Sebelum itu, Haji Mahadi pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar [[Utusan Melayu]] pada 1939 ketika berusia sekitar 25 tahun. Di MFP, beliau sebenarnya tidak terus menjadi pelakon, tetapi bermula sebagai penterjemah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan penolong pengarah. Beliau bermula sebagai pelakon biasa sebelum ditugaskan bagi mengarah filem. Filem pertama beliau yang juga filem arahan pengarah Melayu pertama adalah filem [[Permata Di Perlimbahan]], secara tidak langsung beliau telah mencatat sejarah sebagai anak Melayu pertama yang menjadi Pengarah Filem di MFP, mendahului bintang-bintang besar Jalan Ampas yang lain seperti [[P.Ramlee]], [[M. Amin]], [[Nordin Ahmad]], [[Omar Rojik]], [[S. Kadarisman]] serta ramai lagi. Beliau memulakan rakaman filem tersebut pada bulan Mac tahun 1952 yang dilakonkan oleh [[Nordin Ahmad]], [[Maria Menado]] dan [[Salmah Ibrahim]]. Berbeza dengan pengarah-pengarah sebelumnya, Tuan Haji Mahadi bijak mengatur slot nyanyian dalam filem tersebut. Filem ini membuka satu langkah baru kepada pengarah tempatan lain, terutama pengarah Melayu. Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori pengarah luar, terutama dari [[India]] dan [[Filipina]]. Filem ''Permata Di Perlimbahan'' itu mula ditayangkan kepada umum bermula pada 18 Mei 1952 dan ternyata kurang mendapat sambutan yang baik dari segi keuntungan material. Akur dengan ketentuan beliau gagal di kerusi kepengarahan, Haji Mahadi meneruskan kerjaya seni beliau sebagai seorang pelakon.
 
Selepas itu, Haji Mahadi kembali berjuang dalam seni lakonan. Beliau kemudiannya ditawarkan berlakon filem ''[[Istana Impian]]'' (1953) dan ''[[Hujan Panas]]'' (19541953). Satu demi satu filem keluaran MFP beliau bintangi, malah pada tahun 1956, lakonan beliau mendapat penghargaan sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Pesta Filem Melayu di Singapura. Dua tahun kemudian dalam tahun 1964, Haji Mahadi mencuba watak komedi dengan membintangi filem arahan P. Ramlee, [[Tiga Abdul]], ternyata filem inilah yang benar-benar menyerlahkan nama beliau dan memahat kenangan nama Haji Mahadi hingga ke hari ini.
 
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Haji Mahadi pernah berlakon hampir 76 filem. Antara yang dikenali ialah ''[[Hang Tuah (filem 1956)|Hang Tuah]]'' (1956), ''[[Indera Bangsawan]]'' (1961), ''[[Si Tanggang (filem)|Si Tanggang]]'' (1961), ''[[Budi dan Dosa]]'' (1962), ''[[Tiga Abdul]]'' (1964), ''[[Jebak Maut]]'' (1967), ''[[Raja Bersiong (filem 1968)|Raja Bersiong]]'' (1968) dan ''[[Permintaan Terakhir]]'' (1975) - memegang watak sebagai datuk kepada [[Uji Rashid]].