Alexis Saelemaekers: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Alexis Saelemaekers | image = | caption = | fullname = Alexis Jesse Saelemaekers | birth...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:16, 29 Jun 2021

Alexis Jesse Saelemaekers (lahir 27 Jun 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Milan dan pasukan kebangsaan Belgium. Walaupun beliau sering beraksi di posisi pemain tengah, beliau juga mampu memainkan peranan sebagai pemain pertahanan.

Alexis Saelemaekers
Maklumat peribadi
Nama penuh Alexis Jesse Saelemaekers
Tarikh lahir (1999-06-27) 27 Jun 1999 (umur 24)
Tempat lahir Berchem-Sainte-Agathe, Belgium
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 56
Kerjaya remaja
2012–2018 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2020 Anderlecht 57 (2)
2020Milan (pinjam) 13 (1)
2020– Milan 32 (2)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Belgium B19 4 (0)
2018–2020 Belgium B21 12 (0)
2020– Belgium 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:59, 23 Mei 021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:41, 8 Oktober 2020 (UTC)

Kerjaya kelab

Pada Oktober 2017, Saelemaekers telah melanjutkan kontraknya bersama Anderlecht sehingga tahun 2019. Pada 16 Februari 2018, beliau melakukan penampilan sulung rasmi bersama Anderlecht ketika menentang Sint-Truiden selepas beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-77 permainan.

Pada 8 Jun 2018, beliau telah memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2022.

Pada 31 Januari 2020, Milan telah mengikat Saelemaekers secara pinjaman bersama pilihan untuk membawa masuk pemain itu secara tetap.[1] Milan dilaporkan bersetuju untuk menandatangani Saelamaekers melalui nilai perpindahan sebanyak 3.5 juta euro bersama bonus 1 juta euro jika beliau dibawa masuk secara tetap.[2] Beliau melakukan penampilan pertamanya selepas menjadi pemain gantian menggantikan Davide Calabria dalam aksi menentang Verona pada 2 Februari 2020.[3]

Pada 1 Julai 2020, Saelemaekers menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 30 Jun 2024.[4] Pada 18 Julai, beliau menyumbat jaringan sulungnya untuk kelab ketika aksi menewaskan Bologna 5-1.[5]

Kerjaya antarabangsa

Saelemaekers melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium dalam aksi persahabatan menentang Ivory Coast pada 8 Oktober 2020 yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[6]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 23 Mei 2021[7]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Anderlecht 2017–18 11 0 0 0 0 0 11 0
2018–19 30 0 1 0 3[a] 0 34 0
2019–20 16 2 3 0 19 2
Jumlah 57 2 4 0 3 0 64 2
  Milan 2019–20 13 1 2 0 15 1
2020–21 32 2 1 0 7[a] 1 40 3
Jumlah 45 3 3 0 7 1 55 4
Jumlah kerjaya 102 5 7 0 10 1 119 6
  1. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa

Sehingga 8 Oktober 2020[8]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2020 1 0
Jumlah 1 0

Catatan

  1. ^ "Saelemaekers is a new AC Milan player". AC Milan. 31 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 4 July 2020.
  2. ^ "Milan make Saelemaekers signing". Football Italia. 1 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 4 July 2020.
  3. ^ Colombo, Monica (3 February 2020). "Milan-Verona 1-1: senza Ibrahimovic i rossoneri frenano. L'esordio di Daniel Maldini". Corriere Della Sera (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 3 February 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "COMUNICATO UFFICIALE: ALEXIS SAELEMAEKERS" (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 1 July 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Match report AC Milan 5-1 Bologna, Serie A 2019/2020". AC Milan. 18 July 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 19 July 2020.
  6. ^ "Belgium vs. Côte d'Ivoire - 8 October 2020 - Soccerway". uk.soccerway.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 8 October 2020.
  7. ^ "Alexis Saelemaekers". worldfootball.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 22 December 2020.
  8. ^ "Alexis Saelemaekers". European Football. Dicapai pada 26 April 2021.

Pautan luar