Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
Tofeiku (bincang | sumb.)
Baris 1,953:
 
:::: ''Lagipun, kita tidak menggunakan bahasa Melayu seperti Riau, Deli, Kedah, Pahang, dll di Wikipedia bahasa Melayu. Kita hanya guna bahasa Melayu baku peringkat negara sahaja.'' — benar, secara retrospektifnya ia lebih boleh masuk segmen etimologi. [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 09:49, 29 Jun 2021 (UTC)
:::::{{@|Anumengelamun}} Pernah kita bincang pasal dialek bahasa Melayu di Indonesia juga dalam usul itu dan dialek-dialek memang tidak mempengaruhi dan diambil kira dalam penggunaan bahasa Melayu baku di sini. Kalaulah orang Melayu Deli tahu suatu baku Melayu, sudah tentunya baku Indonesia dan bukan baku 3 negara ini. Oleh itu, bercanggahlah dengan perbincangan yang kita buat tempoh hari itu. Kita tidak memasukkan istilah Indonesia di dalam Wikipedia bahasa Melayu. Untuk pemilihan istilah, asalkan perkataan itu memang jelas digunakan dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak digunakan pun di 3 negara ini, kita tidak akan menggunakannya. Tidak kisahlah kalau istilah itu wujud juga di Indonesia, asalkan istilah Melayu itu memang umum digunakan di 3 negara ini, jadi kita akan gunakan. Kita tidak mengambil kira Indonesia dalam pemilihan istilah. Jadi kalaulah mereka lebih biasa dengan istilah Indonesia, bermaksud mereka menggunakan bahasa Indonesia dan bolehlah membacanya di Wikipedia bahasa Indonesia yang menggunakan istilah-istilah yang mereka biasa baca. Sudah kita bincang tentang ini sebelum ini dan jangan memasukkan istilah Indonesia di sini seperti dalam usul itu. Tidak kisahlah mereka bercakap dalam Melayu Betawi, Kalimantan, Johor, dll, kita hanya berfikiran dalam bahasa Melayu baku 3 negara ini sahaja tanpa mengambil kira bahasa Indonesia. --<b style="white-space:nowrap;text-shadow:#F8F8FF 0em 0em 0.8em,#FF4500 -0.8em -0.8em 0.9em,#90EE90 0.7em 0.7em 0.8em;color:#696969"> [[User:Tofeiku|Tofeiku]]</b>[[User talk:Tofeiku|<span style="color:Orange"><sup>Bincang</sup></span>]] 11:00, 29 Jun 2021 (UTC)