Senario Asam Garam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cityzens07 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Cityzens07 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 26:
 
== Sinopsis ==
Mengisahkan persaingan di antara Pak Adam (AzizeeAzlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka. Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaan mereka secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.
 
Pak Adam mempunyai pembantu iaitu Tam (Sathiya) yang mempunyai masalah mata kirinya tidak berfungsi. Manakala pembantu Asam bernama Garam (Lan Pet Pet) pula turut mempunyai masalah iaitu apabila dia bersin, dia akan bertukar karakter menjadi seorang yang baik dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan juga keburukan Asam.
 
Persaingan mereka bukan sahaja dalam perniagaan malah turut bersaing dalam menambat hati seorang janda bernama Cik Hawa (Julia Hana) yang mempunyai anak lelaki bernama Amin (Fimie Don). Cik Hawa menjalankan perniagaan warung makan secara kecil-kecilan dan dibantu oleh anak saudaranyaadiknya iaitu Odah (Nadia Mustafa) dan anak saudaranya Yah (Adeline Tsen).
 
Kisah bermula apabila Asam bertindak membakar kedai Cik Hawa setelah Cik Hawa tidak membalas cintanya tetapi lebih tertarik pada Pak Adam. Pelbagai usaha dilakukan oleh Asam dan Garam untuk mengkhianati Pak Adam tetapi Pak Adam tetap bersabar dan melayan kerenah mereka. Lebih menambah kemarahan Asam apabila Pak Adam turut bersaing dengannya untuk mendapatkan tender makmal komputer sekolah. Sehingga satu hari, Asam yang telah mempunyai tiga orang isteri, masuk meminang Cik Hawa tetapi ditolak mentah-mentah oleh Amin, Yah dan Odah kerana mereka telah mempunyai pilihan mereka sendiri iaitu Pak Adam.