Kacang botor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 49:
Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 [[meter]], pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan [[herba]] [[Pokok saka|saka]] dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai [[pokok semusim]] mengikut kegunaan penanamannya.<ref>Zaleha Ujang. (17 Oktober 2011) Agrobiz: [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_03.htm Tip tanam kacang botor]. Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Capaian 4 Ogos 2012.</ref>
 
Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok[[pengikatan mengikatnitrogen#dalam sistem tumbuhan|tumbuhan pengikat]] [[nitrogen]] yang terbaik, dengan [[penodulan]] dilaksanakan oleh [[Rhizobium]], sejenis [[bakteria]] tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat [[gas]] nitrogen dari [[atmosfera]], pokok ini tidak memerlukan banyak [[baja]] nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti [[fosforus]] dan [[kalium]].
 
Sebagai pokok tropika, ia amat peka akan [[fros]]. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benihnya mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu [[percambahan]], biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam hanya tempoh beberapa minggu sahaja.