Musang Berjanggut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cityzens07 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Cityzens07 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 44:
Setelah makanan disediakan, akhirnya Tun Nila Utama pun diberitahu bahawa masakan malam itu adalah dari uncangnya. Bagi mengotakan sumpahnya, Tun Nila Utama telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Puspawangi. Persetujuan dicapai antara Tun Nila Utama dengan Puspawangi. Selepas mendirikan rumah tangga, Tun Nila Utama kembali ke Pura Chendana bersama dengan isterinya.
 
Hajat Tun Nila Utama sebenarnya telah menjadi penghalang kepada Megat Alang Sengketa ([[Shariff Dol]]) untuk meraih Puspawangi. Dalam perjalanperjalanan pulang Tun Nila Utama, Megat Alang Sengketa membuat helah. Perhitungan diadakan di antara Tun Nila Utama dengan Megat Alang Sengketa. Akhirnya Megat Alang Sengketa tertewas dan Tun Nila Utama meneruskan perjalanan ke Pura Chendana.
 
Kepulangannya disambut meriah oleh keluarga dan seluruh negeri Pura Chendana. Keesokkannya Tun Nila Utama mengadap baginda Sultan. Oleh kerana keayuan yang ada pada Puspawangi, baginda Sultan dan 4 orang menterinya mahukan Puspawangi untuk diri sendiri. Perancangan telah dibuat dan Tun Nila Utama telah dititahkan untuk keluar mencari musang berjanggut untuk mengubati sakit baginda Sultan.