Syarikat rakaman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
k kemasan
Baris 1:
Dalam [[industri muzik]], '''syarikat rakaman''' merujuk kepada [[jenama]] dan [[tanda dagangan]] yang berkaitan dengan [[pemasaran]] [[perakaman dan pengeluaran semula bunyi|rakaman muzik]] dan [[video muzik]]. Pada kebiasaannya, label rakaman ialah [[syarikat]] yang menguruskan jenama dan tanda dagangan, menguruskan [[penerbit rakaman|penerbitan]], [[pengilangan|mengilang]], [[pengedaran (perniagaan)|pengedaran]], pemasaran serta promosi, dan penguatkuasaan perlindungan [[hak cipta]] bagi rakaman bunyi dan video muzik; membuat pencungkilan bakat dan melahirkan artis baru (''artists and repertoire'' atau A&R); dan menyelia [[kontrak]] antara artis rakaman dengan pengurusnya.
 
== Imprin ==
Sebuah label yang digunakan sebagai tanda dagang atau jenama dan bukan sebuah syarikat dipanggil sebagai [[Imprin (nama dagang)|imprin]], satu istilah yang digunakan untuk konsep yang sama dengan [[Penerbit|penerbitan]]. Sebuah imprin kadang kala dipasarkan sebagai sebuah "projek", "unit", atau "bahagian" bagi syarikat rakaman, walaupun tiada struktur urusan sah dengan imprin tersebut. Syarikat rakaman mungkin menggunakan imprin untuk memasarkan sesebuah genre muzik yang lebih terperinci seperti [[jazz]], [[blues]], [[muzik country]], atau [[rock indie]].
 
== Rujukan ==