Universiti Teknologi MARA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membaiki ralat.
Membuang perkara yang tak berkenaan dan mengikut standard.
Baris 32:
 
Universiti ini terdiri daripada satu kampus Utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34 kampus yang berada di seluruh Malaysia. Dengan 17,706 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 526 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. UiTM merupakan gedung ilmu kepada seramai 30 pelajar (tempatan, bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
 
== Visi ==
 
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.<ref name=":0">http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/profil-universiti/moto-visi</ref>
 
== Misi ==
 
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.<ref name=":0" />
 
== Falsafah ==
 
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.<ref name=":0" />
 
== Objektif ==
#Memperluas akses pendidikan tinggi
#Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
#Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran, memacu pembangunan negaradan kemakmuran global
#Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
#Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
#Melestarikan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien
#Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
#Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
#Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
#Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi
 
== Nilai ==
 
'''Kecemerlangan'''
 
Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
 
'''Sinergi'''
 
Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
 
'''Integriti'''
 
Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi
 
== Sejarah ==