Universiti Teknologi MARA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Penambai baiki Kampus.
Baris 78:
== Kampus ==
 
UiTM adalah institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi dan sistem universiti terbesar di negara ini. Selain kampus induk di Shah Alam,universiti ini telah berkembang di seluruh negara dengan 34 kampus cawangan, yang secara kolektifnya menawarkan lebih daripada 500 program akademik. UiTM menubuhkan satu sistem yang dipanggil 1 University Multi System (1UiTM), yang menetapkan universiti utama dan 13 kampus cawangan.<ref>{{cite news |author=<!--Staff writer(s); no by-line.--> |title=12 UiTM campuses to be given autonomy to administer |url=http://www.thesundaily.my/node/135788 |newspaper=The Sun Daily |location=Seri Iskandar |date=28 November 2010 |access-date=23 Julai 2021}}</ref> Untuk perlayakan sebagai sistem universiti, pensijilan bertauliah sistem pengurusan kualiti bagi setiap kampus UiTM mesti dilakukan secara berasingan, yang bermaksud bahawa sebarang pensijilan yang diberikan kepada kampus perdana tidak meliputi kampus negeri, dan setiap kampus negeri perlu memohon pensijilannya sendiri.
Selain kampus utamanya di [[Shah Alam]], [[Selangor]], UiTM mempunyai 35 buah kampus di 13 cawangan di semua negeri di Malaysia. Dalam tadbir urus UiTM, ia diketuai oleh Canselor iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.
 
=== Kampus Utama ===
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMM Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen dan  bagindalah yang mempengerusikannya.  DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademik yang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti. DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerah seperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat.  DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ( Akta 173).
UiTM diketuai oleh seorang Naib Canselor. Kampus utama terletak di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Seksyen 1 di Shah Alam. Kampus ini menempatkan Pejabat Canselor dan Pendaftaran, dan berperanan sebagai pusat pentadbiran. Universiti induk terdiri daripada kampus utama di Shah Alam dan Kampus Cawangan Selangor (Puncak Alam, Selayang, Sungai Bulo, Puncak Perdana, Dengkil dan Jalan Othman).
 
=== Kampus Satelit ===
Kampus satelit melegakan pengambilan pelajar yang melibatkan pemindahan fakulti daripada kampus utama di Shah Alam. Setiap kampus satelit diketuai oleh Penolong Naib Canselor atau ketua pusat pembelajaran.
 
=== Kampus Negeri (Kampus Cawangan) ===
Kampus cawangan diketuai oleh Rektor yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor. UiTM mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Setiap negeri boleh mempunyai lebih dari satu kampus. Kampus-kampus utama negeri diketuai oleh Rektor dan kampus yang lebih kecil (dipanggil kampus bandar) diketuai oleh Penolong Rektor.
 
Kampus negeri terutamanya menawarkan program pra-diploma dan peringkat diploma dalam bidang yang ditetapkan oleh kampus utama. Beberapa program ijazah dan pasca siswazah juga ditawarkan melalui perjanjian francais dengan kampus utama.
{| class="wikitable"
|+Senarai Kampus UiTM di Malaysia