Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 92:
{{quote|"Diakui saya adalah penggemar filem zombi seperti ''I Am Legend'', ''[[The Walking Dead]]'' dan ''[[Train to Busan]]''. Inti pati filem itu mengetengahkan watak individu yang kehilangan insan tersayang dan kemandirian mereka dalam menghadapi serangan mayat hidup. Bagi saya, filem zombi bukan sekadar zombi menyerang orang tetapi lebih kepada soal kemanusiaan seperti yang dipaparkan dalam semua filem zombi itu. Filem sebegitu memberikan inspirasi kepada saya untuk menghasilkan ''Zombitopia'',"}}
 
Untuk filem ini, Ming Jin menggunakan teknik [[imej janaan komputer]] (CGI) dan [[kesan khas]] [[kesan visual|visual]] bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Beliau turut mendapatkan khidmat hampir 20 penari bagi menjayakan watak zombi di mana mereka dikehendaki memakai kanta lekap jika berdepan dengan risiko penglihatan kurang jelas.<ref name="Serang lagi"/> Kos pembikinan dianggarkan berjumlah hampir RM3 juta dengan penggambaran dijalankan pada 2016. ''Zombitopia'' menandakan kolaborasi kedua [[Shaheizy Sam]] bersama Ming Jin selepas ''Mamak Cupcake''.<ref name="Baris nama besar"/> Sam dalam satu sidang media maya, yang turut dihadiri oleh Ming Jin dan pelakon filem itu, mengatakan filem ini boleh dikaitkan dengan situasi [[pandemik COVID-19]] yang sedang melanda dunia, malah mengibaratkan zombi seperti virus.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2021/06/30/shaheizy-sam-kaitkan-filem-zombitopia-dengan-pandemik-orang-takut-nak-keluar-rumah---zombi-itu-umpama-virus-sentiasa-kejar-kita|title=Shaheizy Sam kaitkan filem Zombitopia dengan pandemik, orang takut nak keluar rumah - "Zombi itu umpama virus sentiasa kejar kita"|author=Nur Asyikin Mayudin|publisher=[[mStar Online]]|date=30 Jun 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref>
 
[[Elvina Mohamad]] yang terkenal dengan drama lakonannya seperti ''[[Mariam Alisa]]'', ''[[Shhh... I Love You]]'' dan ''[[Kalis Kasih]]'', memegang watak sebagai Zooey. ''Zombitopia'' ialah filem sulung lakonannya, Elvina mengakui sewaktu berlakon dalam filem ini, beliau berasa gementar dan tidak mempunyai pengalaman kerana beliau baru sahaja berkecimpung dalam bidang lakonan. Sebagai pendatang baharu dalam bidang lakonan pada masa itu, Elvina turut mengakui watak Zooey benar-benar menguji kebolehannya; Untuk watak itu, beliau perlu menukar emosi untuk disesuaikan dengan zombi.<ref>{{cite news|url=https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/841370/elvina-malu-terkam-sam-dalam-zombitopia|title=Elvina malu terkam Sam dalam Zombitopia|author=Farihad Shalla Mahmud|publisher=[[Berita Harian]]|date=20 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref>
 
==Keluaran==