Perbezaan antara semakan "Pengguna:Fandi89/Kotak pasir"

Siap.
(Siap.)
Teg: Menggantikan
{{Kotak pasir peribadi}}
{{Infobox film
| name = Zombitopia
| image =
| caption =
| director = [[Woo Ming Jin]]
| producer = {{plainlist|
* Woo Ming Jin
* Aron Koh
* Lim Ying Xian
* Lim Kim Seng (eksekutif)
* Ivan Low (eksekutif)
* Hoo Yee Han (eksekutif)
* Lim Kar Yik (eksekutif)
* Ong Teck Loong (eksekutif)
* Steven Eng (eksekutif)
* Siow Lee Ching (eksekutif)
}}
| writer = {{plainlist|
* Woo Ming Jin
* Neesa Jamal
}}
| lakon_layar =
| penceritaan =
| berdasarkan =
| pengisah =
| starring = {{Plainlist|
* [[Shaheizy Sam]]
* [[Elvina Mohamad]]
* [[Bront Palarae]]
* Azman Hassan
* [[Sharifah Amani]]
}}
| music = {{plainlist|
* Chapavich Temnitikul
* Wuttipon Phumcokrak
}}
| cinematography = Lesly Leon Lee
| editing = {{plainlist|
* Woo Ming Jin
* Yap Xhian Way
* Edmund Yeo
}}
| studio = {{plainlist|
* Greenlight Pictures
* Sunstrong Entertainment
* Lomo Pictures
}}
| pengedar = [[Skop Productions]]
| penayangan = 1 Julai 2021 {{small|(Malaysia)}}
| masa = 90 minit
| negara = [[Malaysia]]
| bahasa = [[Bahasa Melayu|Melayu]]
| belanjawan = RM3 juta
| untung_kasar =
}}
 
'''''Zombitopia''''' ialah sebuah filem seram thriler apokaliptik Malaysia 2021 arahan [[Woo Ming Jin]] dengan skrip ditulis oleh Ming Jin dan Neesa Jamal, dibintangi oleh [[Shaheizy Sam]], [[Elvina Mohamad]], [[Bront Palarae]], Azman Hassan dan [[Sharifah Amani]].<ref name="Serang lagi">{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/835280/zombi-serang-lagi|title=Zombi serang lagi|author=Farihad Shalla Mahmud|publisher=[[Berita Harian]]|date=4 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref> Filem ini berkisarkan mengenai sejenis virus yang menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas 15 tahun lalu. Penyebaran virus ini menyebabkan dunia menjadi huru-hara dan kecoh sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam.<ref name="Baris nama besar">{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/725715/zombitopia-baris-nama-besar|title=Zombitopia baris nama besar|author=Ridzuan Abdul Rahman|publisher=[[Harian Metro]]|date=3 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref> Pada asalnya filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Februari 2020 namun ditangguhkan berikutan penularan [[pandemik koronavirus]], bagaimanapun ia ditayangkan secara rasmi pada 1 Julai 2021 di [[Disney+ Hotstar]].<ref name="Premieres today">{{cite news|url=https://www.thevibes.com/articles/culture/33246/zombitopia-premieres-today-on-disney-hotstar|title='Zombitopia' premieres today on Disney+ Hotstar|trans-title='Zombitopia' ditayangkan hari ini di Disney+ Hotstar|publisher=The Vibes|date=2 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021|language=en}}</ref>
 
==Plot==
Kira-kira 15 tahun yang lalu sejenis virus telah menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas. Zidik telah terbangun melihat kakaknya menyerang ibunya dan bapanya telah mengorbankan diri dan Zidik berjaya melarikan diri.
 
Kemudian Zidik telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan dikendalikan oleh Kak Lily yang merupakan seorang yang kejam. Zidik berkawan dengan seorang lagi anak yatim piatu iaitu Zooey. Suatu hari, Zidik diusir dari rumah anak yatim kerana tidak mematuhi arahan Kak Lily dan selepas itu dia tidak pernah lagi melihat Zooey.
 
Setelah dewasa Zidik bekerja dengan Hassan yang membawanya bekerja selepas menemui Zidik yang tinggal di jalanan sahaja. Sebenarnya, mereka berdua terjebak kisah silam, di mana Hassan tidak dapat menerima kehilangan isterinya akibat virus itu dan sering lupa bahawa isterinya sudah mati, manakala Zidik terus mengingati kenangan dia bersama Zooey.
 
Sementara itu, Dr. Rahman yang ingin membalas dendam telah menghasilkan sejenis virus zombie baharu untuk membuat dunia kembali ke dalam kekacauan. Zidik dan Hassan terperangkap dalam situasi huru-hara yang berlaku dengan gelombang kedua wabak zombie. Apakah yang terjadi?
 
==Pelakon==
* [[Shaheizy Sam]] sebagai Zidik
* [[Elvina Mohamad]] sebagai Zooey
* [[Bront Palarae]] sebagai Dr. Rahman
* Nur Shahidah sebagai Siti
* Azman Hassan sebagai Hassan
* [[Sharifah Amani]] sebagai Maya
* [[Idan Aedan]] sebagai Zidik kecil
* Amanda Amry sebagai Zooey kecil
* [[Ruzana Ibrahim]] sebagai Kak Lily
* Eqy Afandi sebagai Jamal
* Kazar Razak sebagai Mika
* Nu'Man Salleh sebagai Bob
* [[Jay Iswazir]] sebagai Kamarul
* Ken Abdullah sebagai Bentong Khan
* Michael Leong Chee Wah sebagai Yuri
* Steve Yap sebagai Lee Boon Kit
* Dania Erisha sebagai Kiki
* Danny Low sebagai Mustapha
 
==Penerbitan==
''Zombitopia'' diarahkan oleh [[Woo Ming Jin]] yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem termasuk ''[[KL Zombi]]'' (2013), sekaligus menjadi filem zombi kedua arahannya.<ref>{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/showbiz/2021/07/02/malaysian-director-woo-ming-jin-hopes-to-break-new-ground-with-zombitopia-v/1986637|title=Malaysian director Woo Ming Jin hopes to break new ground with Zombitopia|trans-title=Pengarah Malaysia Woo Ming Jin berharap untuk pecahkan tembok bersama Zombitopia|author=Arif Zikri|publisher=[[The Malay Mail]]|date=2 Julai 2020|accessdate=26 Julai 2020|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20210701/281788517040215|title=Not your typical zombie movie|trans-title=Bukan filem zombi biasa anda|publisher=[[The Star Online]]|date=1 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021|language=en|via=PressReader}}</ref> Menurut Ming Jin dalam satu sidang media maya yang diadakan, berbeza dengan ''KL Zombi'' arahannya, ''Zombitopia'' ialah sebuah filem serius yang mengangkat isu kemanusiaan sejagat.<ref name="Serang lagi"/><ref>{{cite news|url=https://bm.syok.my/lokal/zombitopia-karya-terbaru-malaysia-taraf-dunia|title=Zombitopia, karya terbaru Malaysia taraf dunia|publisher=Syok.my|date=30 Jun 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref> Katanya:
 
{{quote|"Diakui saya adalah penggemar filem zombi seperti ''I Am Legend'', ''[[The Walking Dead]]'' dan ''[[Train to Busan]]''. Inti pati filem itu mengetengahkan watak individu yang kehilangan insan tersayang dan kemandirian mereka dalam menghadapi serangan mayat hidup. Bagi saya, filem zombi bukan sekadar zombi menyerang orang tetapi lebih kepada soal kemanusiaan seperti yang dipaparkan dalam semua filem zombi itu. Filem sebegitu memberikan inspirasi kepada saya untuk menghasilkan ''Zombitopia'',"}}
 
Untuk filem ini, Ming Jin menggunakan teknik [[imej janaan komputer]] (CGI) dan [[kesan khas]] [[kesan visual|visual]] bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Beliau turut mendapatkan khidmat hampir 20 penari latar bagi menjayakan watak zombi di mana mereka dikehendaki memakai kanta lekap jika berdepan dengan risiko penglihatan kurang jelas.<ref name="Serang lagi"/><ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/amp/lifestyle/groove/2021/07/706572/showbiz-another-stab-undead|title=#Showbiz: Another stab at the undead|trans-title=#Hiburan: Satu lagi tikaman terhadap mayat hidup|author=Aref Omar|publisher=[[New Straits Times]]|date=9 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021|language=en}}</ref> Kos pembikinan dianggarkan berjumlah hampir RM3 juta dengan penggambaran dijalankan pada 2016 di [[Selangor]] dan [[Kuala Lumpur]]. ''Zombitopia'' menandakan kolaborasi kedua [[Shaheizy Sam]] bersama Ming Jin selepas ''Mamak Cupcake''.<ref name="Baris nama besar"/> Sam dalam satu sidang media maya, yang turut dihadiri oleh Ming Jin dan pelakon filem itu, mengatakan filem ini boleh dikaitkan dengan situasi [[pandemik COVID-19]] yang sedang melanda dunia, malah mengibaratkan zombi seperti virus.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2021/06/30/shaheizy-sam-kaitkan-filem-zombitopia-dengan-pandemik-orang-takut-nak-keluar-rumah---zombi-itu-umpama-virus-sentiasa-kejar-kita|title=Shaheizy Sam kaitkan filem Zombitopia dengan pandemik, orang takut nak keluar rumah - "Zombi itu umpama virus sentiasa kejar kita"|author=Nur Asyikin Mayudin|publisher=[[mStar Online]]|date=30 Jun 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/belum-ada-filem-zombi-yang-serius-shaheizy-sam/|title=Belum ada filem zombi yang serius - Shaheizy Sam|author=Siti Athirah Dzulkifly|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=30 Jun 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2021/07/02/actor-shaheizy-sam-says-scenario-in-039zombitopia039-not-that-different-from-covid-19-pandemic|title='Zombitopia' not that different from COVID-19 pandemic, says actor Shaheizy Sam|trans-title='Zombitopia' tidak banyak bezanya daripada pandemik COVID-19, kata pelakon Shaheizy Sam|author=Mumtaj Begum|publisher=[[The Star Online]]|date=2 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021|language=en}}</ref> Bagi memantapkan persediaan sebelum
penggambaran, Sam menjalani latihan kecergasan bagi mengelakkan keletihan semasa menjayakan adegan dikejar zombi.<ref>{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/takut-zombi-shaheizy-sam-terpaksa-menjalani-latihan-kecergasan-fit-51644|title=Takut zombi, Shaheizy Sam terpaksa menjalani latihan kecergasan|author=Syafiqah Jalal|publisher=[[Astro Gempak]]|date=1 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.cinema.com.my/articles/features_details.aspx/?search=2020.n_shaheizysamrasai_52610|title=Shaheizy Sam rasai cabaran berbeza lakon filem Zombitopia|author=Nisa Irina|publisher=Cinema Online|date=22 Januari 2020|accessdate=26 Julai 2021}}</ref>
 
[[Elvina Mohamad]] yang terkenal dengan drama lakonannya seperti ''[[Mariam Alisa]]'', ''[[Shhh... I Love You]]'' dan ''[[Kalis Kasih]]'', memegang watak sebagai Zooey.<ref>{{cite news|url=http://www.cinema.com.my/articles/features_details.aspx/?search=2020.n_elvinamohamadteruja_52630|title=Elvina Mohamad teruja nantikan tayangan filem Zombitopia|author=Nisa Irina|publisher=Cinema Online|date=23 Januari 2020|accessdate=26 Julai 2021}}</ref> Elvina mengakui sewaktu berlakon dalam filem ini, beliau berasa gementar dan tidak mempunyai pengalaman kerana beliau baru sahaja berkecimpung dalam bidang lakonan. Sebagai pendatang baharu dalam bidang lakonan pada masa itu, Elvina turut mengakui watak Zooey benar-benar menguji kebolehannya; Untuk watak itu, beliau perlu menukar emosi untuk disesuaikan dengan zombi.<ref>{{cite news|url=https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/841370/elvina-malu-terkam-sam-dalam-zombitopia|title=Elvina malu terkam Sam dalam Zombitopia|author=Farihad Shalla Mahmud|publisher=[[Berita Harian]]|date=20 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2021/07/05/akibat-terlalu-imaginasi-dikejar-zombi-gusi-elvina-mohamad-berdarah-terlanggar-kamera-ketika-penggambaran|title=Akibat terlalu imaginasi dikejar zombi, gusi Elvina Mohamad berdarah terlanggar kamera ketika penggambaran|author=Nur Asyikin Mayudin|publisher=[[mStar Online]]|date=5 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2020}}</ref>
 
==Keluaran==
''Zombitopia'' pada mulanya dijadualkan untuk tayangan pada 13 Februari 2020, iaitu sebulan sebelum penularan pandemik COVID-19,<ref name="Sinopsis filem">{{cite news|url=https://www.budiey.com/zombitopia/|title=Sinopsis filem Zombitopia lakonan Shaheizy Sam dan Bront Palarae|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=31 Januari 2020|accessdate=26 Julai 2021|quote=Kisah manusia dijangkiti virus sehingga menjadi zombi.}}</ref><ref>{{cite news|url=https://kitareporters.com/gaya/MvbmZmVGdY|title=Mula-mula Zombi Kampung Pisang! Selepas itu KL Zombi, KL24: Zombies! Kini Zombitopia!|author=Fariza Saidin|publisher=Kita Reporters|date=1 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://kakimuvee.net/zombitopia-memaparkan-kisah-manusia-dijangkiti-virus-sehingga-menjadi-zombi/|title=Zombitopia memaparkan kisah manusia dijangkiti virus sehingga menjadi zombi|publisher=Kakimuvee|date=24 Januari 2020|accessdate=26 Julai 2020}}</ref> namun ditunda kepada Jun atau Julai 2020, kemudian ditunda sekali lagi sehingga tarikh tayangan baru akan diumumkan.<ref>{{cite news|url=https://www.kopiplanet.com/pengarah-zombitopia-tak-kisah-tarikh-tayangan-terpaksa-ditunda/|title=Pengarah Zombitopia tak kisah tarikh tayangan ditunda|publisher=Kopiplanet|date=3 Februari 2020|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.cinema.com.my/articles/features_details.aspx/?search=2020.n_zombitopiaditunda_52784|title=Tayangan "Zombitopia" ditunda ke tarikh baru|author=Ashraff Nasser|publisher=Cinema Online|date=3 Februari 2020|accessdate=26 Julai 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20200210/282046214097569|title=Zombitopia tangguh tayangan|publisher=[[Berita Harian]]|date=10 Februari 2020|accessdate=26 Julai 2021|via=PressReader}}</ref> Selepas lebih setahun terperam, filem ini ditayangkan secara rasmi pada 1 Julai 2020 dengan tayangan perdana di [[Disney+ Hotstar]].<ref name="Serang lagi"/><ref name="Baris nama besar"/><ref name="Premieres today"/> Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 21 Januari 2020 di saluran [[YouTube]] rasmi [[Skop Productions]].<ref>{{cite web|url=https://www.youtube.com/watch?v=il6qK4_oIG0|title=Zombitopia official trailer HD {{!}} Di pawagam 13 Februari 2020|publisher=[[Skop Productions]]|date=21 Januari 2020|accessdate=26 Julai 2021|via=YouTube}}</ref>
 
Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Budiey dari Sensasi Selebriti yakin bahawa "''Zombitopia'' menjanjikan perjalanan yang menyeronokkan, penuh aksi dan dramatik untuk semua penonton dan seisi keluarga".<ref name="Sinopsis filem"/> Helmy Effendy dari The Patriots berpendapat ''Zombitopia'' ialah sebuah "filem zombi yang gagal" dan memberikan 2 daripada 10 bintang untuk filem ini.<ref>{{cite news|url=https://www.thepatriots.asia/kenapa-zombitopia-ialah-filem-zombie-yang-gagal/|title=Kenapa Zombitopia ialah filem zombie yang gagal|author=Helmy Effendy|publisher=The Patriots|date=4 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref> Rekomen Filem memberikan penarafan 5 daripada 10 bintang untuk filem ini dan mengulas: "Dari sudut teknikal ''Zombitopia'' agak cantik, akan tetapi penulisan dan pengarahannya sangat teruk".<ref>{{cite news|url=http://www.rekomenfilem.com/2021/07/zombitopia-gagal-menjadi-filem-zombi.html|title=Review Zombitopia: Gagal menjadi filem zombi|publisher=Rekomen Filem|date=4 Julai 2021|accessdate=26 Julai 2021}}</ref>
 
==Lihat juga==
* ''[[Zombi Kampung Pisang]]'' – Filem serupa yang dikeluarkan pada 2007 arahan [[Mamat Khalid]]
* ''[[KL Zombi]]'' – Filem serupa yang dikeluarkan pada 2013 arahan Woo Ming Jin
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
==Pautan luar==
* {{IMDb title|tt11619482|Zombitopia}}
* [https://www.hotstar.com/my/movies/zombitopia/1260061006 ''Zombitopia''] di [[Disney+ Hotstar]]